Sunday, February 18, 2007

Trip to Kuching - Day 5

0800: Bangun dengan tenang, tak perlu terkejar-kejar kerana kursus telah tamat. Dapat extend sehingga hari ke lima sebab tersalah dapat info. Ingatkan kursus sehingga Khamis rupanya cuma sampai Rabu. Since tiket flight dan bayar, hotel dah tempah....malas nak rush2. Lepask sehari lagi dan mengambil peluang berjalan-jalan. Takdelah rushing sangat pun, kalau tak mau pengsan.

Sarapan pagi dengan tenang, pulun makan segala yang ada (kecuali nasi lemak). Bersantai sarapan sampai 0930.


0945: Selepas sarapan berjalan ke bus stop berdekatan. Tak mau panggil teksi lagi kerana mahal. Ingat nak tahan aje di tepi jalan tapi punya susah, satu buah teksi pun tak nampak. Last-last van sapu berenti, naik ajelah walaupun van nye bagai nak pecah.



Bandaraya Kuching ni terkenal dengan roundabout dan saizya besar-besar. Boleh buat beberapa buah rumah didalam roundabout tu. Maklumlah tanah banyak, sebab tu leh buat roundabout besar-besar. Bandarnya juga cantik dan bersih. Setelah semua penumpang turun, kami booking van Abg Hassan untuk ke Muzium Kucing.





Muzium Kucing ini adalah tempat yang mempunyai segala sumber mengenai kucing dari sejarah sehingga ke semua jenis-jenis kucing yang ada. Macam-macam cerita, makan masa sejam juga untuk habis menjelajah semuanya. Tiada yuran masuk cuma dikenakan RM4 bagi kamera. Sangat berbaloi datang jauh untuk ke muzium ini. Macam-macam cerita seperti kucing akan direndam dalam air sehingga hampir lemas untuk meminta supaya hujan turun dengan lebat. Kucing bertenggek di atas bumbung bermakna ada orang didalam rumah itu yang akan mati dsbnyaa...



Antara artikel yang menarik ialah bagaimana seorang Jepun bernama Satoru Tsuda menjinakkan dan melatih kucing-kucing terbiar untuk beraksi dan dibuatkan kostum seperti pemain muzik rock, penunggang motosikal dan sebagainya dan dijadikan poster. Ianya menjadi hit dan popular di satu waktu dulu sehingga beliau menjadi jutawan hasil daripada poster-poster aksi kucing yang dihasilkannya. Dulu ingatkan ia trick komputer rupanya kucing betul yang dilatih supaya beraksi. Hebat!






1200: Selesai melawat ke seluruh muzium, naik semula van dan singgah di pasar tamu Satok untuk memborong ikan terubuk masin. Harganya bagus dan di pek dengan kemas supaya sesuai dibawa masuk kedalam kapal terbang. Kalau nampak papan tanda UITM, itu bukan nama universiti ia. Ia bermaksud Usahawan Ikan Terubuk Masin...kelasss!! Kami siap diberi extra ikan dan ikan tambahan secara percuma. Ikannya fresh dan bila bawak balik ke KL dan goreng, perghhhh.....sedapp. Terima kasih, semoga murah rezeki anda :)





1230: Balik semula ke hotel, kemas barang dan check-out. Abg Hassan dan vannya sedia menanti untuk bawa kami ke Batu 7 untuk membeli cenderamata. Van beliau penuh sesak dengan 7 bagasi kami.






1530: Check-in dan hantar luggage untuk masuk ke kargo. Kemudian makan tengahari di KFC dan lepak sekejap sebelum masuk ke balai berlepas. Beratur punya lama menunggu penumpang-penumpang Air Asia turun dari kapal terbang sebelum kami dibenarkan masuk. Hawau sungguh kerana eskalator tidak berfungsi dan terpaksa mengangkat beg-beg berat yang hendak dibawa masuk ke kapal terbang sebelum berlari di landasan menuju ke kapal terbang. Budget plane sungguh lah, mcm naik bas.




1900: Touch down di LCCT dengan selamat walaupun dilaporkan cuaca buruk. Kumpulkan beg dan ucapkan selamat tinggal pada Is dan Anuar. Beli tiket Skybus di kaunter (kunun nak tukar citarasa) dan terpaksa menunggu sehingga 2015 baru bas bertolak. Tiada offer nak angkatkan beg pula tu sehingga diminta. Bas selesa sebab seringgit lebih dari Aerobus. Tiba di KL Sentral pada 2130 dan sekali lagi tiada siapa yang offer untuk keluarkan barang sehingga terpaksa minta para lelaki di yang duduk santai di meja berdekatan supaya membantu. Confirm lepas ni tak layan Skybus lagi. Aerobus jugak yang bagus, murah dan mesra. Tak lama lepas tu my parent sampai dan terus balik ke rumah, pengsan tahap tak ingat.

Bestnya dapat jalan-jalan pergi Kuching :)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin