Sunday, February 18, 2007

Trip to Kuching - Day 3

0800: Breakfast nasi lemak dan kopi. Cuaca sejuk kerana hujan pada malam sebelumnya. Selepas makan terus ke Rajah Court untuk menyambung kursus. Hari ini masuk ke bahagian yang lebih mencabar iaitu Query dan Relationship. Agak tricky juga bagi mereka yang tak pernah guna dan terpaksa berulangkali melakukannya dengan cubaan pelbagai jenis data untuk memastikan pelajar faham. Mereka juga asyik menulis nota supaya boleh diulangkaji semula selepas balik ke stesen masing-masing apabila kursus tamat. Penerangan dilakukan dengan perlahan dan terang supaya mereka jelas akan faedah fungsi-fungsi ini.



1000: Kelas break sekejap sebab sesi fotografi kemudian break untuk minum.






1245: Break untuk lunch dan sambung semula pada jam 1400. Kene pulun habiskan topik report dan ulangkaji sebab hari ke 3 peserta kursus perlu menyiapkan mini projek.

1700: Break sekejap dan sambung terus ke bengkel dimana peserta diberi soalan-soalan yang perlu mereka lakukan. Selesai, balik hotel, rehat dan mandi.

1930: Dinner di Rajah Court. Dinner terakhir sebab hari esoknya hanya lunch aje disediakan. Pulun sakan lah lagi2 ada lauk ikan masak sambal. Pastu singgah pasaraya terdekat beli beg tambahan untuk laptop, balik hotel sembang di lobi dan naik tido.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin