Sunday, March 18, 2007

Book Review: Kekasih Sam Po Bo


Buku terbaru Faisal Tehrani yang bertajuk Kekasih Sam Po Bo adalah koleksi-koleksi cerpen pendek terbaik beliau. Terdapat 15 judul menarik merangkumi pelbagai kisah didalam sebuah buku.

Sepertimana karya-karya beliau yang lalu, buku ini juga tidak mengecewakan. Jika sudah biasa dengan style penulisan Faisal Tehrani, pasti mudah menghadam kata-kata di dalam buku ini. Dalam masa beberapa hari sudah berjaya mengkhatam buku ini dan pasti akan diulangi lagi kerana pembacaan pertama kali adalah bacaan sambil lalu. Penghayatan akan datang pada bacaan kedua.

Sherrina dapat beli buku ini di MPH Alpha Angle itupun setelah jenuh pekerja MPH mencari buku itu yang telah habis di rak. Syabas Faisah Tehrani kerana menghasilkan karya yang bermutu.

Blog Faisal Tehrani: http://tehranifaisal.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin