Sampai di hotel, kami terus ke bilik seminar yang telah kami pilih malam tadi melalui proses lat talilat tali tamplom. Aku dapat bilik seminar paling kecil, my favourite. Tetapi akulah yang mendapat student paling ramai iaitu 25 orang. Masing-masing datang dari segenap pelusuk Sabah dan ada yang melalui perjalanan ratusan kilometer melalui jalan darat, jalan air, jalan udara, jalan balak dan sebagainya untuk sama-sama menuntut ilmu di KK. Kursus berjalan lancar dan break sekejap pada jam 10 untuk sesi fotografi dan minum.
Kelas bersambung semula sehingga tengahari. Berhenti untuk lunch dan sambung semula jam 2.30 petang. Check-in bilik di Berjaya dan terkejut dengan kondisi biliknya yang tak sekualiti Berjaya2 yang lain. Serius terkejut. Mcm tak cayo aje itu hotel Berjaya. Anyway apa nak kata, masuk dan tido ajelah. Yang kelako nye ialah sistem showernye. Jenuh nak cari jalan camno nak hidupkan shower. Habis semua di pusing di pulas baru berjaya. Kesian juga kerana ada juga peserta yang tak berjaya mencari jalan menghidupkan shower sehingga ada yang mandi menggunakan gelas, bekas tong sampah dan berendam dalam bath tub lama-lama! Pecah perut kami apabila kisah ini dibuka di hari akhir.
Kelas petang selesai jam 4.30pm. Balik bilik dan tidur kerana kepenatan yang teramat. Bangun jam 7, hari sudah gelap gelita. Lupa pula kepulauan Borneo ni malamnya cepat. Mandi dan bersiap untuk pergi makan makan. Hidangannya enak-enak belaka. Selepas makan lepak kejap di lobi untuk surf internet menggunakan perkhidmatan wireless. Time ini lah bergunanya henpon ada wi-fi. Kelas bersambung semula jam 8.30 - 10malam. Selepas minum malam, masing-masing bersurai. Ada yang terus ke bilik, ada yang karaoke di tempat yang disediakan. Orang Sabah pandai menyanyi rupanya.
No comments:
Post a Comment