Apa tindakan anda jika ini semua berlaku dalam satu masa:
1. Kawan baik last minute memohon supaya ikut rombongannya ke Johor dan sanggup belanja bilik hotel semata-mata mahu anda ke sana.
2. Syarikat trainer menghantar sms di waktu pagi meminta supaya menghantar nota kursus lebih awal daripada jangkaan.
3. Pengetua pusat tuisyen marah dan minta anda resign jika takleh nak commit lagi sebab last minute memberitahu takleh datang kelas dan dia terpaksa prepare material utk mengajar skolah menengah seramai 3 org.
4. Ibu anda menelefon ke handphone berkali-kali meminta instruction untuk restart computer kerana tiba-tiba software sahamnnya sangkut ketika pasaran saham sedang rancak berjalan.
5. Student didepan muka anda merenung dengan blur kerana menunggu arahan selanjutnya. Semua diatas berlaku dengan serentak. Adakah anda akan pengsan atau bunuh diri?
Jangan. Rugi.....mula-mula ambil nafas dan tenangkan diri. Selesaikan satu persatu tanpa rasa marah kerana marah menyekat kebolehan otak anda untuk berfikir dengan waras. Minum segelas air kosong.
Mula-mula assign student yang sedang menunggu supaya menyelesaikan latihan di beberapa mukasurat. Kemudian, telefon ibu dan guide step by step cara restart computer dan buka internet semula (mengajar ibu bapa sendiri jauh lebih mencabar daripada mengajar peserta kursus).
Sambil itu capai handphone kedua dan sms pada syarikat training bahawa nota akan disiapkan dengan segera sambil dlm otak memikir2 cara paling cepat utk menyiapkan nota tersebut (senang aje, ambil separuh nota dari beginner dan tambah sedikit nota intermediate kerana peserta yang akan hadir pun rata-rata masih belum mahir bahagian asas - kautim).
Kemudian sms pula pada pengetua pusat tuisyen dan memohon maaf sambil menyatakan bahawa segala kertas kerja untuk pelajar akan dihantar ke pusat tuisyen pada waktu petang sebelum keluar meninggalkan KL dan pelajar-pelajar itu telah dilatih untuk belajar dengan minimum supervision, jadi tiada masalah sangat.
Dah, selesai. Tak susah pun, kan. Sebelum kelas tamat, ambil masa untuk menghirup udara segar sambil memerhatikan burung-burung flamingo yang sedang melepak di loji kumbahan di seberang jalan lalu memandu ke kedai untuk makan nasi beserta lauk gulai ikan yang sangat sedap itu sebagai reward diatas kehebatan menyelesaikan 5 masalah dalam masa yang sama.
Yummmm.....
No comments:
Post a Comment