Sherrina baru balik dari kelas tuisyen. As usual lepas mandi, online dan check YM. Sekali baca Status pada nick Slyde26, sherrina tak endahkan. Tetapi bagai ada sesuatu pada msg tu yg memanggil Sherrina untuk klik pada link tersebut yang membawa kepada keratan akhbar online Metro.
Bila membaca sekali imbas, hanya berita lemas biasa. Tetapi bagai ada sesuatu yang menarik untuk Sherrina terus menatapi dan membacanya berulangkali. Nama Muhammad Fadli Che Hassan bagaikan familiar. Sherrina teringatkan Fudge, sahabat yg Sherrina kenali dari forum Bincang.Net beberapa tahun dahulu. Tak mungkin, orang lain agaknya....hati Sherrina berdetik.
Sherrina cuba YM Slyde untuk mendapatkan kepastian tapi tiada jawapan. Setelah beberapa minit baru Slyde kembali dan mengesahkan berita kematian itu adalah Muhammad Fadli yg Sherrina lebih kenali sebagai Palie@Fudge. Tergamam..jari jemari kaku...tak sangka cepat benar Palie meninggalkan dunia ini...
Allahyarham Fadlie lemas ketika cuba menyelamatkan 2 rakan perempuan yang camping bersama di Gunung Nuang. 2 orang tersebut selamat tetapi arwah ditarik ke dasar sungai.
Terkilan rasa dihati kerana masa cuti Hari Pekerja yang lepas, Arwah beria-ia mengajak shooting di Kuala Selangor. Tetapi Sherrina terpaksa tolak kerana ada kerja lain yang perlu disiapkan. Sherrina mengenali arwah kerana kami berdua sama-sama involve dalam hobi yang sama iaitu photography. Kami pernah sama-sama shoot di bukit Wangsa Maju (di Seksyen 4 berdekatan bangunan Telekom) dan arwah banyak mengajar Sherrina teknik-teknik fotografi. Masa tu arwah baru je beli Nikon D70S klau tak silap ngan infra-red filter. Sakan shooting gambar kat sana. Kene selongkar balik CD-CD fotografi untuk mencari gambar-gambar tersebut. Eh, ada pun rupanya upload di Fotopages. Kenangan terindah...
Selain tu Sherrina dan Allahyarham Fadlie slalu lepak pekena teh ais di Restoran NZ sebab dia slalu pinjam buku2 cerita Sherrina iaitu Harry Potter dan buku2 tulisan Dan Brown. Ada satu lagi buku yang masih dalam simpanan dia, berkali2 dia nak jumpa untuk pulangkan tapi masa tak mengizinkan. Tak sangka masa itu sudah pun tiada...
Sedihnya..Fudge seorang sahabat yang baik dan rajin berkongsi ilmu. Pandai berjenaka dan rajin berusaha. Good people die young....kata omputeh. Ye ke?
Maafkan aku, sahabat kerana tak dapat menunaikan janji shooting di Kuala Selangor. Nak tunaikan bila waktu dah lapang pun nampaknya peluang itu tiada lagi. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Amin....
No comments:
Post a Comment