Thursday, May 17, 2007

Training in JB - Day 2

Pagi yang damai. Mujur dah gosok baju petang semalam. Malam pertama as usual payah nak lena. Apatah lagi tv disini tiada siaran Bloomberg ataupun CNN yang slalunya mendodoi Sherrina sehingga ke pagi. Terpaksa layan ESPN dan biarkan ia melalak sehingga pagi.

Sarapan pagi. Kenapalah takde cereal macam di Kuching dan KK? Makan bubur nasi dan kentang. Naik ke bilik seminar, memperkenalkan diri dan meneruskan kelas seperti yang dijadualkan. Break pada jam 10.30 pagi untuk minum dan sambung semula sehingga lunch time. Kelas bersambung selepas lunch hingga 5.30 petang. Kali ni kami anjakkan kelas malam ke petang untuk memberi peluang pelajar bersiar-siar di sekitar JB di sebelah malam selain daripada biasanya student terlalu penat untuk menghadiri kelas malam.

Lepas dinner kami kebuntuan. Tatau nak pegi mana. Kete takde plak sebab Faizal ada hal. Aku, Is dan Wan (technician yg uruskan komputer) gamble aje naik teksi ke Danga Bay. Org kata mcm biasa aje tempat ni tapi wah, cantik juga. Meriah di waktu malam dengan sinaran lampu disana sini, tempat makan dan live band disana sini.



Tak larat nak berjalan sebenarnya sebab kaki letih berdiri sepanjang hari semasa mengajar. Mujur ada keretapi ni. Bayar RM2 dan dibawa anda round satu Danga Bay.


setelah round naik train, kami jalan jugaklah pelan-pelan ke kawasan lain kerana tertarik nak melihat dengan dekat rumah-rumah tradisional yang ada disini dijadikan replika.


Iskandar dan Wan dihadapan Rumah Kota Tinggi


Kami berjalan lagi sehingga ke Street Mall. Kebetulan ada pasar Thai disini, banyak barangan dari Siam. Untuk menambah suasana, lagu siam turut dipasang. Sepanjang berjalan ke kawasan ni ramai le pasangan2 romantika de amor berdating di celah-celah pohon rumbia di sekitar Danga Bay. Dan jadi kawasan maksiat lah pulak. Tercemar rupa Danga Bay yg indah ni.


Pelbagai jenis kenderaan disediakan disini untuk kemudahan pengunjung bersantai dikawasan ini. Basikal sebegini pun ada selain basikal yang boleh dinaiki 3 orang. Sewanya boleh tahan mahal lah jugak.


Setelah penat berjalan, kami singgah disini untuk pekena milo ais dan kentang goreng sambil dihiburkan oleh live band ini. Dorang ni patut masuk AF, suara dorang quite good.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin