Wednesday, May 09, 2007

Board Games

Semasa Sherrina kecil, permainan video baru melanda Malaysia. Masa tu budak-budak berbicara tentang Micro Genius, Nintendo, Super Mario, Super Contra dan sebagainya. Sebenarnya ramai yang sekadar boleh berbicara aje sebab hanya yang kaya aje betul2 mampu nak beli konsol tersebut yang pada ketika itu merupakan aras penunjuk kemewahan bagi kami kanak-kanak di bangku sekolah rendah. Sherrina juga tak terkecuali daripada penangan video game. Siap ponteng kelas ngaji semata-mata nak layan video game di rumah jiran (kene rotan...adoii!).

Video game rasanya mula top sekitar tahun 1990 kalau tak silap. Sebelum wujudnya permainan video, board games adalah antara permainan yang menjadi kegemaran Sherrina dan kawan-kawan. Antaranya seperti Saidina, Monopoly, Compendium of 30 games (yg ni memang best sebab ada 30 permainan didalam satu kotak), Dam, Chess dan macam-macam lagi. Kebanyakkan permainan ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat iaitu Syarikat Permainan Malaysia.

Bermain permainan board games ni memang menyeronokkan dan mengasyikkan. Lebih-lebih lagi banyak yang kita boleh pelajari sambil bermain. Cuma permainan begini kene main lebih dari seorang pemain. Bila dah dewasa dan teringin nak main semula board games, layan di laptop ajelah sebab mana nak cari member nak main.

Apabila Sherrina join volunteering di Shifa', Sherrina perkenalkan board games kepada mereka. Bermula dengan Sahibba yang dibeli di MPH kemudian beralih ke Saidina dan kini Compendium of 30 games. Mereka sangat-sangat teruja dengan permainan-permainan itu. Selain tu Sherrina juga ajarkan mereka cara bermain catur. Bila petang selepas kelas tuisyen, kami akan berkumpul dan bermain sama-sama. Seronok sebab baru ada geng nak main. Walaupun baru beberapa kali bermain, masing-masing dah mula handal dan cuba mencipta strategi sendiri.






Laman Web Rumah Shifa': http://rumahshifa.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin