Selama setahun aku mencari kekuatan untuk menolak diri masuk ke gym tapi tak terjumpa sampai le lately ni mak aku dok berleter suh pi exercise. Adoi, mana le aku ada masa nak pi Titiwangsa untuk jogging dan sebagainya. Nak pi swimming kat Selayang pun seminggu sekali payah. Kalau masa outstation dapat hotel ada pool, baru le berpeluang nak berenang.
Tapi ntah nape sejak lately ni rasa mcm teruja nak join gym. Adik aku yg lelaki tu mm gym freak. Abis semua gym dia bantai free trial dan last2 layan Cnergy yg bayar RM50 sebab tu je yg dia mampu since dia lom keje. Bersungguh-sungguh benar le dia megesyorkan aku gym itu dan ini. Pastu tengok lak blog Abg Hazman yg asik lepak di gym, mcm best lah pulak.
Aku pun surf-surf le di Google mencari info pasal gym. Humang aihh, banyak rupanya gym di KL ni. Fitness First lah, California Fitness lah, Tru Fitness lah....macam-maca jenama. Tapi tatau nak pilih mana. Mujur terjumpa blog "Mun's Fitness Blog" yg ada review pasal mcm2 jenis gym, first step utk memilih gym, dan mcm2 lagi. Banyak sungguh info menarik di blog beliau.
Hari semalam (Jumaat) aku pun kebetulan nak jumpa member lama di KLCC. Lepas abis mengajar, naik LRT ke KLCC. Kali ni serik dah nak beli tiket kat kaunter (sebab nak balik nnt jenuh beratur nak beli tiket pulak disebabkan return tiket kini dah dihapuskan...hampeh) dan aku beli kad Touch n Go yg berharga RM10 dengan isian RM5. Sampai di KLCC jumpa member, sembang dan makan di Secret's Recipe. Org belanja lah, Alhamdulillah.
Tatau apa nak buat, ajak dia pi ke Menara Maxis untuk melawat Fitness First. Saja nak usha apa yg best disitu. Kat bawah kene amik pas khas pastu salah naik lif lah pulak, rupanya ada reserve lif utk ke tingkat 3 dimana Fitness First berada. Naik atas, humang aih...ramainye umat. Maklumlah, generasi zaman ni waktu lunch bukan pi makan...layan gym pulak. Dasat. Anyway, tunggu 20 mt gak baru ada kaunselor datang entertain. Story2 lebih kurang dan tunjuk tempat. Mcm kecik gak tmpt dia, machine banyak gak. Pastu duduk balik story2 pasal yuran.....aiyoo, beyond my budget lah. As usual lah taktik sales dia kasi price utk hari ini sahaja jika aku sign-up. Tapi offer pun masih mahal, aku kata aku nak pikir dulu. Chow.
Amik teksi di luar KLCC punyalah azab. Rupanya ada pe'el hanjing teksi di sini saja takmau amik penumpang local sebab nak kelepet penumpang mat saleh. Taknak pakai meter. Kuang ajo betul, dah le block kawasan teksi. Ada satu minah tu tak sihat, duduk tepi jalan menunggu teksi. Terpaksa jalan ke depan sikit baru ada teksi nak berenti. Terus ke Menara Standard Chartered di Jalan Sultan Ismail. Alang2 dah turun KL, settle semua sekali lah.
Jalan jem ya amat (nasib baik le aku tak keje hari2 pi opis) dan teksi lak tatau kat mana menara tu. Agak2 ajelah, jumpa jugak. Turun dan terus masuk ke California Fitness. Aku di sapa oleh receptionist yg ramah dan diminta duduk sementara seorang kaunselor dipanggil. Baru nak duduk, datang kaunselor yg aku panggil Berni. Baik sangat dia ni, terang dengan detail dan pandai joke. Lepas story, dia bawak jalan2 ke semua kawasan. CF disini ada 5 tingkat dan luas. Mesin tak crowded sangat dan org tak ramai. Set2 mamat ketul main besi layan tingkat atas. Sapa nak layan treadmill, tingkat lain. Best lah. Pastu dia siap story satu2 pasal setiap mesin. Rajin sungguh le, siap kasi aku testing lari atas treadmill. Heh, seumur hidup tak penah aku main mesin ni. Pastu dia tunjuk le tempat mandi, sauna, bilik utk group execise dan lain2...pueh hati le. Pastu dia introduce aku pada Hafiz, instructor disitu. Hafiz amik le berat badan dan blood pressure dan nasihat suh aku start mana dulu. Aitt, lom sign up dah amik segala data.
Pastu dorang ajak turun untuk discussion pasal yuran. Lepas kira2, agak mahal gak lah. Pastu Berni panggil manager dia discuss ngan aku. Potong sana sini, dia kasi RM137 per month gitu. Uikss....tempting. Menarik. As usual lah kan mesti amik ini hari. Pikir punya pikir, nak pi gym lain sah2 le tidak sbb aku dah narrow down choices between FF di KLCC ngan CF di sini. Pikir lak sini secure sebab locker pakai kunci sendiri pastu towel kasi dan ruang luas. Dorang pun friendly. Dan yang extra best ialah ada bilik khas utk gym wanita sahaja. Agak2 segan nak exercise kat luar, bleh guna dalam bilik. Machine tak bayar, dalam 10 kot tapi ok le....ada gak inisiatif dorang untuk buat bilik khas bagi wanita-wanita pemalu. Takyah fikir panjang2, aku sign up.
Unbeliveable, akhirnya aku masuk gym jugak. Rasa mcm muda remaja pulak...wakakaka. Dapat satu sesi percuma dengan Personal Trainer, start Isnin nanti lah. Wahhhh...berkobar-kobar tu. Siap semua, Berni iring aku ke pintu dan sebelum keluar aku sempat bisik kat dia "tau tak kenapa I pilih CF? Sebab CF takde pun nak compare2 price ngan gym lain walhal FF buat gitu pasal CF. Sbb tu aku pilih CF, korang profesional"...Berni tersenyum girang :)
No comments:
Post a Comment