Saturday, June 16, 2007

Training in Papar, Sabah-Day 4

Pejam celik pejam celik, dah hari terakhir. Hari ini agak relax kerana peserta diberi ujian dalam kumpulan dan kami hanya memantau. Setelah selesai, rasanya dapat lah mencapai objektif kursus tersebut. Rata-rata peserta juga gembira dan berpuas hati kerana mereka dapat belajar banyak perkara yang selama ini mereka tak tahu.

View dari dalam kelas.


Kelas si Rafyiq yang panas macam dalam sauna. Kesian dorang


Majlis penutup yang formal gitu


Jam 11.30 pagi diadakan majlis penutup program. Kali ini agak happening kerana ia disusun dengan begitu teratur oleh AJK yang ditubuhkan oleh peserta. Siap ada sesi berpantun pulak tu. Selepas penyampaian sijil dan cenderamata kepada penceramah, majlis bersurai. Kami ke dewan untuk makan kali terakhir di Summer Bay sebelum berkemas untuk check-out. Van Jabatan menunggu untuk membawa kami ke Kota Kinabalu untuk sesi shopping secara sprint sebelum bergegas ke airport untuk mengejar penerbangan jam 5.10pm.

Sempat memborong barangan kering. Kali ni Sherrina tak borong sangat, cuma membeli udang basah dan ikan putih aje dipasar dan dibungkus khas.


Ole-ole dari pelajar Sherrina selain keropok dan bakul buluh. Really nice.

Harap dapat datang lagi ke Sabah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin