Saturday, June 16, 2007

Training in Papar, Sabah-Day 3

Hari ni cuaca agak sejuk sebab mendung dan nak hujan. Sarapan sangat enak. One thing yg best mengenai resort ini ialah walaupun kemudahan tak seberapa compare dengan hotel 3 bintang yang lain tetapi mereka bersungguh-sungguh menunjukkan komitmen dengan cara masakan yang enak, cepat bertindak bila diminta membantu dan sebagainya. Ia sangat mengagumkan Sherrina kerana perkara seperti ini jarang dapat dinikmati di hotel-hotel lain dimana training dijalankan.



Hari ni peserta diberikan tugasan PowerPoint didalam kumpulan. Mereka diminta menyediakan 6 slides presentation mengenai tempat-tempat menarik di negeri-negeri yang telah mereka pilih menerusi cabutan. Bersungguh-sungguh mereka menghasilkan presentation dan saat dinantikan ialah ketika persembahan kumpulan. Macam-macam gaya dan memang melucukan.



Malam ini merupakan malam terakhir kursus maka pihak penganjur sempat membuat last minute preparation untuk sesi dinner BBQ dan karaoke. Ternyata Summer Bay tidak menghampakan kami. Mereka mampu memenuhi permintaan walaupun diberi notis yang singkat. Sesuatu yang kami pernah cuba lakukan di sesi training di semenanjung diatas permintaan peserta dimana kami dihadiahkan kemarahan oleh pihak hotel kerana last minute notice dan mereka enggan melakukannya. Ternyata ia tidak mustahil jika mereka berusaha. Caiyok dengan hotel Summerbay!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin