Sunday, December 30, 2007

Enchanted and, Eyes on Malaysia

Hari sabtu yang busy bermula dengan menaiki LRT ke KLCC seawal pagi untuk menonton filem Enchanted bersama member yang dari mula beria2 nak tengok cerita ni. Itupun Sherrina gi jugak sebab review Faruq mcm best aje. Habis di KLCC, gi Restoran Kak Ieta di Wangsa Maju Seksyen 2. Restoran ni baru bukak. Saja nak usha tengok apa best. Tabik ngan restoran melayu mencelah masuk di area yg mostly peniaganya cina. Besides, ni antara restoran melayu yang ada di Wangsa Maju...mostly mamak.


Design entrance kedai yang menarik


Hiasan dalaman yang menarik


Kaunter ni agak pelik, remind me of tembok kolah bilik air umah kampung


Mee Bandung Udang Galah special. Pelik sket sebab pakai kuah kacang. Kalau perut tak lapar sangat, cepat muak juga.



Udang galah ke udang apa ni eh...ada 3 ekor dalam setiap mangkuk



Yummm....sedap. Harga semangkuk RM7

Lepas makan, gi ke Tasik Titiwangsa untuk naik Eyes on Malaysia. Dari awal tahun dok remind myself nak naik mende ni sebelum dorang start cabut besi-besi tu..muehehe..mujur teringat. Sampai di Titiwangsa kol 2. Parking agak susah nak cari. Ingatkan sure kene beratur panjang rupanya tak juga. Beratur terus beli tiket terus naik. Share satu 'apakenamamenatangbulattu' dengan 2 orang girls yg mcm kitorang gak, last minute baru teringat nak naik...muehehehe...


Lepas je kitorang naik, ramai orang berpusu-pusu


Pemandangan dari atas angin


KLCC dari jauh


Mentang-mentang dah nak bungkus menatang ni, mcm2 bunyi keluar. Besi dah berkarat.


Cuaca yang cantik


Bye bye Eyes on Malaysia

Majlis Perkahwinan Dr Siti Halimatul Saadiah dan Rozaime

Tarikh: 28 Disember 2007
Masa: 8.30pm
Tempat: Dewan Merak Kayangan, KL


aiseh...bunga manggar ni kacau lah


Sama cantik sama padan


Dua pasangan pengantin, Dr Siti Halimatul dan adiknya Qayyum.


Penarik cilik dari SK AU Keramat membuat persembahan tradisional


Geng satu meja


Haram aku tak cam si Ramona sebab dia dah kurus dan rambutnya dah lurus


Ayu, Awin & Radzi, Mas, Wana dan Sarina


Bergambar kenangan bersama kedua mempelai.

To Dr Siti Halimatul Saadiah dan suami, tahniah dan semoga berbahagia ke akhir hayat :)

Thursday, December 27, 2007

Directory Printing Software

Sherrina tengah mencari jalan macam mana nak print senarai files dalam folder atau directory yang ada. Misalnya, senarai MP3 yang ada dalam simpanan. Nak taip satu-satu, leceh. Nak print screen, kurang best. Maka, tanyalah Pakcik Google.

Jumpa satu website iaitu Spadix Software. Spadix recommend satu software kecil bernama JD Directory Printer. Saiznya cuma 173kb. Kecik aje. Sherrina download dan try. Ia tak perlukan sebarang installation. Cuma launch program dan terus menggunakannya.



Bila dah launch, just click kat tanda ! tu untuk cari folder mana yang anda nak print.



Cari le folder yang berkenaan. Pastu klik folder tersebut dan klik OK.



Kita boleh tentukan apa details yang kita nak print di tab Display. Seeloknya Limit Length tu lebihkan supaya takde filename yang tercicir (especially kalau ada file yg namanya panjang berjela). Dan siap setting, klik Start. Satu file Notepad akan terpapar beserta dengan senarai file dalam directory tersebut. Ia automatically simpan dlm folder dimana software ini disimpan.



Hasilnya seperti ini. Senang le nak keep track apa file yang ada dalam folder atau directory kita. Selamat mencuba!

Dorayaki Di Malaysia

Petang tadi jalan-jalan di Carrefour Wangsa Maju. Rupanya Carrefour tengah renovate. Makin besar. Dasyat...dasyat...anyway, jalan-jalan kat tempat sayur cari gerai air yg slalu Sherrina minum tu (gerai juice dan mocha and etc...chocolate bubble drink dorg buat sedap). Tengah jalan-jalan, tiba-tiba ternampak gerai ni...



Uikss..gerai Dorayaki? Adakah ini Dorayaki yang Doremon suka sangat makan tu???



Wahh..nampak macam sedap. Cuba beli satu, Sherrina minta isi coklat.


Dah siap...harganya RM1.90



Macam ni rupanya....dua lapisan di tengah-tengahnya coklat



Nak kata mengenyangkan tu tak lah tapi disebabkan ia gebu, cepat muak pulak


Rasa dia iras2 waffle cuma lebih gebu.

Tuesday, December 25, 2007

Sakit Gigi!!!


Sakit gigi adalah perkara yang paling Sherrina takuti. Kali terakhir cabut gigi di klinik ialah ketika berumur 6 tahun. 4 injection di gusi iaitu 2 di gusi atas dan 2 di gusi bawah sampai kene pegang oleh 3 orang sebab meronta-ronta menahan sakit. 4 batang gigi cabut terus. Tu kat klinik di kem tentera. Dan semenjak tu, tak gi dah cabut gigi di klinik. Gigi susu pun gugur sendiri di rumah atau cabut pakai benang. Cuma cuci gigi je masa skolah dulu. Pengalaman ngeri menyebabkan Sherrina trauma.

2 tahun lepas, sakit gigi menyerang. Pergi ke klinik di Keramat, doktor bagi ubat untuk surutkan nanah dahulu. Lepas nanah dah surut, gigi pun tak rasa sakit lagi. Tak pegi dah ke klinik tu. Dan bila gigi sakit, Sherrina sapu je ubat gigi Cengkudu dan lama-lama lega.

Tapi minggu ni ia menyerang bertubi-tubi. Nak kunyah di bahagian kanan mulut pun dah ngilu. Bila rasa-rasa, macam gigi geraham tu dah nazak. Nak kene cabut jugak. Kene jugak le melalui apa yang orang lain lalui iaitu mencabut gigi geraham bongsu atau org puteh kata 'wisdom tooth'. Tengah pikir-pikir bila nak cabut. Probably bulan depan le bila dapat gaji. Cabut gigi sure mahal. Pastu tengah survey klinik mana yang doktornya PALING BAIK DAN LEMAH-LEMBUT. Dengar makcik Sherrina citer doktor suntik jarum terlebih dalam kat gusi dia sampai bengkak 2 minggu menyebabkan lutut Sherrina lomah....alahai......kenapa lah banyak sangat story2 tak best pasal dentist berbanding yang best.

Kalau korang tau kat mana klinik gigi yg doktornya best sekali untuk orang yang maha penakut macam Sherrina, bleh le rekemenkan kat Sherrina. Sementara tu, sapu ubat gigi Cengkudu ajelah....adehhh..dehhh....dehhh.....

Saturday, December 22, 2007

Anak Halal dan Johnny

Hari ni sepatutnya ada meeting tapi ditunda ke hari esok. So tatau nak buat apa, call member skolah, Mas dan ajak jalan-jalan cari pasal....I mean, cari makan. Park kete kat umah dia dan naik LRT ke Times Square. Malam sebelumnya Sherrina book 2 tiket citer Anak Halal (sebab citer omputeh semua dah fully book via online, Anak Halal lak lepas...oh well).

Sampai di Times Square, kami singgah breakfast/brunch di Marrybrown. Kemudian masuk ke pawagam jam 12pm. Ingatkan takde orang, rupanya 3/4 penuh. Hmm...not bad. Baca review di Forum CARI pun nampak memberangsangkan.



Lepas menonton, I would say...hey, this film is not that bad. Masa mula2 masuk tu persepsi negatif belaka lah. Ni mesti sisa2 macam Impak Maksima, Remp-It dan sekufu dengannya. Well, ia berkisarkan kehidupan masyarakat di bandaraya KL yang dari golongan bawahan. Sherrina sungguh enjoy tengok citer ni sebab kita bleh tengok camne life orang-orang begini (tatau le realiti 100% ke tak) dan persekitaran kehidupan mereka. Rumah flat yang kotor dan buruk dikawasan yang kiranya dark area lah sebab penjual dadah dan penhisap dadah berada disekitar itu. Dan cukup enjoy tengok persahabatan mereka berlima (Farid Kamil, Maya Karin, Adiputra, Raja Farah dan 2 lagi mamat yg tatau namanya). Cara mereka bergurau, berbual dan sebagainya nampal natural dan sedikit sebanyak mengimbau kenangan masa skolah dulu (cuma idok le sampai tahap sepak2 punggung orang, tunjal2 dahi orang tu semua)



But I don't highly recommend citer ni untuk budak-budak lah sebab ianya agak ganas. Dengan speak terajang yang nampak real dan bahasa-bahasa rojak yang tak sopan, takut budak terpengaruh. Dan filem ini membuatkan Sherrina ketawa, geram, marah dan menangis. Watak paling kelakar rasanya dibawa oleh Adiputra (especially tang dia nyanyi sambil pegang janggut Farid Kamil tu) dan gaya penjahat berjambul merah ala burung kakaktua yang samseng ala Kampung Dusun. Paling geram tengok watak Zul Huzaimy yang mengedarkan dadah dan menjadi ah long yang kejam (well, ada ke ah long yang lemah-lembut :p ). Paling marah dengan watak polis dalam citer ni yang ntah hapa-hapa le pi rembat Bonda tu yg tengah balun pencopet duitnya (merepek je cara polis dlm citer ni) dan menangis tang Adiputra kene tembak oleh kuncu-kuncu Tajul (Zul Huzaimy) sebab kononnya dia curi dadah dan jual sendiri walhal ia perbuatan Jehan Miskin (padan muka kene hentak muka kat cermin kete pastu kene tembak sampai mati...wahahaha)

Overall, citer ni boleh layan lah dan tak rugi le duit menontonnya. Scene paling menarik ialah masa mereka lari sambik Farid Kamil mengendong Bonda kemudian dikepung oleh polis di sebuah lorong gelap berlatarbelakangkan KLCC. Banyak scene dlm filem ini memperlihatkan kemunduran dalam kemajuan, sisi hitam bandaraya KL. Menarik dan mengujakan. Masa berjalan kaki balik, Sherrina dan Mas melihat-lihat sekitar kawasan Pudu dan mengagak flat mana agaknya menjadi tempat dorang shoot.

Pelbagai pendapat diberikan mengenai cerita ini yang mana menarik untuk dibaca. Contohnya, ulasan Faisal Tehrani mengenai filem ini. Menarik untuk dibaca dan difikirkan.

Lepas tengok filem, jalan-jalan dan makan di Johnny.


Steambot yang enak


Udang besar berwarna merah selepas dimasak


Macam sedap aje...

Habis urusan di Times Square, kami pulang untuk ambil kereta ke kedai Yohanis pula (tauke Restoran Serai Wangi) untuk membincangkan persiapan majlis pertunangannya hari Ahad ini. Wah, seminggu ni ada 3 majlis. Banyaknya makan percuma :)

Friday, December 21, 2007

Gambar Kucing



Nasib baik scratch tayar. Kalau body kete.....mau jadi lauk le kucing ni :p

Thursday, December 20, 2007

Cerita Kura-Kura Bernama Dina

Konvo Ahad lepas takde apa special nak cerita. Selain jem masa nak masuk parking (heran tempat international mcm ni parking lagi kecik dr Alpha Angle). Pastu ramai giler umat (standardlah yg konvo seorang, yang meraikan sekampung) dan aku sendiri tak reti nak pakai menatang kain purple kat bahu dan topi segiempat tu (mortar) menyebabkan mood kureng sket lah. Kene lak dok lama dalam dewan (mujur aircond tak sejuk sangat), punggung naik kematu. Habis majlis, ambik gambar lebih kurang, chow pegi Nilai.

Di Nilai kitorang gi umah kawan lama ayah. Best gak area perumahan dia, kawasan baru. Tak jauh dari tol Nilai dan area Nilai 3. Nilai Spring ke apa namanya. Yang best tu, tuan umah ni bela kura-kura. Siap ada rumah khas lagi. Ni lah kura-kura belaan yang paling besar yg aku penah tgk. Slalunya org bela yg besar 50 sen tu je. Yang ni tuannya bela dari besar 50 sen sampai le dah nak besar diameter baldi...namanya Dina....cute gitu....hahaha









Ada dua ekor. Satu jantan satu betina. Yang betina nama Dina. Kalau bertelur, dorang makan telur tu balik.....so tak penah ada baby. Pelik ehh....

Saturday, December 15, 2007

Graduation Rehearsal

I managed to find way to Putrajaya without much hassle (except on the way back, got lost somewhere but since this is KL/Selangor....pusing-pusing sure jumpa lah). Rehearsal which should start at 8.30am was delayed till 9 something. Luckily I woke up early and dropped by at MacD for good morning breakfast. To kill the time at the hall, I read the new ebook in my E70. About 9,30am, we were told to get into the hall. Waiting again, some speech and instructions and told to line up outside. As usual lah, either not being prepared or what..macam-macam hal. So time wasted just like that....


The hall in Putrajaya International Convention Centre


The place where the ceremony will be held tomorrow.


The stage


Without a mic, he has to shout out loud


Walaupun penat berdiri, tetap gembira


Perghh....dah mula menjual dah.


All set...wish me luck.

Wednesday, December 12, 2007

ActivemindKids Science Camp

Menutup tirai 2007 dengan kem sains terakhir anjuran ActivemindKids. Ianya diadakan di Little Khalifah iaitu program kerjasama Activemind dan Little Khalifah. Tema kali ini ialah Kitchen Science.

Seramai 15 kanak-kanak menghadiri kem kali ini yang dianjurkan selama sehari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Can Egg Float?, The Magic Raisin, Acid Or Base dan Sticky Game.


Eksperimen untuk mengapungkan sebiji telur


Magic Raisin ialah eksperimen melihat kismis 'melompat' didalam air soda


Adam, peserta paling muda berusia 5 tahun tapi kini dah skolah darjah 2.



Eksperimen Magic Raisin menggunakan air soda hijau


Peserta sangat teruja dengan eksperimen yang dijalankan


Preparation untuk Sticky Game


Euuuww...bila lepas ia meleleh, bila genggam ia mengeras....


Those kids paksa Sherrina join sama....habis tanganku...


Eksperimen Acid Base. Mengenalpasti samada bahan asid atau alkali


Hasil ujikaji daripada pelbagai jenis bahan


Semua gembira dapat bawa balik hadiah dan hasil eksperimen :)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin