Sunday, December 02, 2007

Minggu Melawat Cineleisure



Minggu ni bolehlah diisytiharkan minggu melawat Cineleisure kerana pergi ke sana 2 hari berturut-turut. Plan asalnya Sherrina nak ikuti kursus membaiki PC di UKM tetapi menerima jemputan seorang rakan blog yang menjemput Sherrina datang ke pameran animasi dimana syarikat beliau terlibat. Beliau hendak menunjukkan hasil projek terbarunya yang akan disiarkan di tv nanti. Mujur juga Sherrina TIDAK CONFIRMKAN kehadiran kursus di UKM (tetapi di layan dengan 'sangat baik' oleh staff UKM kerana tak dtg kursus. That will be another story, glamer namaku di Fakulti IT disana).

Sabtu tengahari bersama rakan CBN, kami ke Cineleisure. Sherrina fikir-fikir, kat mana nak parking. Dah lama sangat tak ke area sana. Last pegi sana, parking di Curve. Sampai disana, rupanya ada parking di Cineleisure. Surprisingly, sangat senang mencari parking space. Mungkin kerana ramai memilih untuk parking di kawasan luar yang percuma dan di tepi-tepi jalan (pelik, mcm mahal sangat parking fee. Takat RM2 per entry, tak le cekik darah mcm KLCC atau Times Square)

Kami ke booth syarikat Dazel Crowe. Makan dulu di Mr Teppanyaki sambil berbual. Seronok juga berbual dengan pakar animasi yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni. Kami berbual mengenai prospek bidang animasi di Malaysia, teknologi animasi dan banyak lagi.

Lepas makan, kami ke booth beliau untuk menonton hasil karya terbaru. Bagus, peningkatan kualiti animasi di Malaysia makin meningkat. Cuma kos yang agak tinggi menyebabkan sukar mendapatkan sponsor dan bantuan untuk menjayakan projek animasi. Beliau berkongsi cerita mengenai seorang temannya yang pernah melabur RM5 juta untuk produksi animasi dan akhirnya hanya mendapat pulangan RM60,000 sahaja. Ia satu bidang cukup mencabar. Bukan mudah untuk menyakinkan orang Malaysia untuk menpercayai kebolehan animator tempatan. Kami melawat pula booth-booth lain dan berbual dengan ramai animator yang berbakat yang turut berkumpul disana. Terkesima mendengar hujah-hujah mereka mengenai dunia animasi.



Aerial heli digunakan untuk pengambaraan di udara


Proses dubbing suara ke dalam program animasi kanak-kanak


Proses melukis menggunakan graphic tablet. Menariknya ialah software yang digunakan untuk melukis kelihatan simple, tak complicated mcm Adobe dsbnya. Ia seakan-akan Kid Pix.


Booth ini antara yang mendapat sambutan hangat kerana ramai org terkesima melihat dummy orang tersebut yg dibuat daripada wajah seorang pelakon yang sebenar. Sherrina melihat dengan dekat dan kagum dengan tekstur dummy tersebut yg mmg mirip kulit manusia. Rabbit disebelahnya pula cukup lucu kerana ia menggerak-gerakkan telinga, hidung dan pipinya. Robotic rabbit nih. Barulah tau rupanya kalau dalam filem ada teks mengatakan 'tiada haiwan digunakan sepanjang pembikinan filem ini', maknanya mereka gunakan robotic animal ataupun teknik animasi.


Pemandangan dari atas


Rupanya, selain pameran animasi, pameran sempena KL International Film Festival pun diadakan disini. Patutlah nampak kelibat-kelibat artis seperti Faruk Hussein, Sh. Sofia dan Hetty Sarlene. Kami check schedule, ada free screening rupanya. Filem-filem yang dipertandingkan ditayangkan secara percuma di pawagan Cineleisure. Wahh, sambil menyelam minum air.


Ramai orang mengerumuni Farid Kamil

Sebenarnya tiket menonton telah habis tetapi kami gamble je masuk dan rupanya banyak seat kosong. Kami sempat menonton Road To Dawn, sebuah filem terbitan China berkisahkan perjuangan Dr Sun Yat Sen ketika di Pulau Pinang. Best citer ni. Kemudian, kami sambung menonton filem terbitan negara Thailand berjudul The Overture. Ia berkisarkan perjuangan memartabatkan alat muzik tradisional iaitu Ranard Ek (mcm Xylophone gitu). Dan akhir sekali, kami menonton filem 1957:Hati Malaya yang dicalonkan oleh Malaysia untuk dipertandingkan. Citer ni oklah, nak kata best sangat tu taklah. Tapi menitis gak le air mata tgk tang perjuangan (walaupun aku tau ada fakta2 yg sepatutnya ada, tidak dimasukkan) cuma spoil ada gak part bercinta. Kalau tak bercinta, tidaklah namanya filem Malaysia (agaknya lah)

Lepas menonton, lepak di kedai minum-minum sambil berbual lagi. Uniknya, kami baru tau rupanya Dazel Crowe ni tidak menghisap rokok, sebaliknya menghisap paip.


Bro Dazel dengan paip RM200nye diisi tembakau berperisa vanila (huh!)


Menunjukkan cara-cara membersihkan paip, mengisi tembakau dan menghidupkannya. Rasa mcm dalam zaman 60an.


Juita menemuramah Bro Dazel mengenai sejarah bermulanya menghisap getah paip ini.

Kami meninggalkan Cineleisure jam 10 malam. Esoknya (iaitu hari ini), aku ke sini lagi bersama kawan lain untuk menonton filem animasi Budak Lapuk. Sebelum itu, singgah di Station Kopitiam untuk makan tengahari dulu.


Yee Mee yang enak



Jus tembikai dan milkshake coklat yang melegakan dahaga


Tak sah rasanya kalau tak meneguk secawan kopi disini.

Lepas makan, kami bergegas ke pawagam. Gamble je masuk, tatau le ada seat ke tak. Mujur ada lagi, filem baru 10 minit bermula.

Filem animasi Budak Lapuk ni rasanya mcm kurang promosi. Tatau le kutipannya macam mana. Ianya berkisarkan mcm cerita Bujang Lapuk gak cuma diubah jalan cerita dimana 3 orang budak iaitu Ajis, Sudin dan Ramlee berusaha untuk menang dalam pertandingan bola sepak antara kampung mereka (Kg Sebatang Pinang) melawan Kg Semerah Padi. Kemudian pertandingan drama pulak. Overall boleh tahan cerita ni. Tak berhenti juga kami gelak didalam panggung. Meriah. Especially masa pertandingan drama dimana Hang Jebat hampir ditikam oleh Hang Tuah tapi dengan happynya lalalala..berpusing-pusing sambil menyebut 'hahaha...tak kena'. Pecah perut sehh!! Hopefully filem ni akan disiarkan di tv nanti.

Lepas menonton filem, kami berjalan-jalan sekitar kawasan The Curve. Bestnya sini ada pasar di luar kompleks.


Singgah di kedai menjual sticker kereta


Setelah puas menelek, akhirnya pilih yang ini. Harganya RM10.


Kawasan luar antara Cineleisure dan The Curve


Banyak gerai jualan.




Gerai menjual strawberi pun ada


Sekotak dijual dengan harga RM4. Rasanya masam-masam manis.



On the way balik, ternampak mamat ni main gitar game dengan hebatnya. Ni kat kedai Gamer's Hideout. Bukan gitar betul tapi tune, bunyi....mcm real. Main pun lagu-lagu popular. Perghhhh....teruja sungguh. Tak dapat belajar main gitar real, gitar game pun jadiklah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin