Tuesday, December 25, 2007

Sakit Gigi!!!


Sakit gigi adalah perkara yang paling Sherrina takuti. Kali terakhir cabut gigi di klinik ialah ketika berumur 6 tahun. 4 injection di gusi iaitu 2 di gusi atas dan 2 di gusi bawah sampai kene pegang oleh 3 orang sebab meronta-ronta menahan sakit. 4 batang gigi cabut terus. Tu kat klinik di kem tentera. Dan semenjak tu, tak gi dah cabut gigi di klinik. Gigi susu pun gugur sendiri di rumah atau cabut pakai benang. Cuma cuci gigi je masa skolah dulu. Pengalaman ngeri menyebabkan Sherrina trauma.

2 tahun lepas, sakit gigi menyerang. Pergi ke klinik di Keramat, doktor bagi ubat untuk surutkan nanah dahulu. Lepas nanah dah surut, gigi pun tak rasa sakit lagi. Tak pegi dah ke klinik tu. Dan bila gigi sakit, Sherrina sapu je ubat gigi Cengkudu dan lama-lama lega.

Tapi minggu ni ia menyerang bertubi-tubi. Nak kunyah di bahagian kanan mulut pun dah ngilu. Bila rasa-rasa, macam gigi geraham tu dah nazak. Nak kene cabut jugak. Kene jugak le melalui apa yang orang lain lalui iaitu mencabut gigi geraham bongsu atau org puteh kata 'wisdom tooth'. Tengah pikir-pikir bila nak cabut. Probably bulan depan le bila dapat gaji. Cabut gigi sure mahal. Pastu tengah survey klinik mana yang doktornya PALING BAIK DAN LEMAH-LEMBUT. Dengar makcik Sherrina citer doktor suntik jarum terlebih dalam kat gusi dia sampai bengkak 2 minggu menyebabkan lutut Sherrina lomah....alahai......kenapa lah banyak sangat story2 tak best pasal dentist berbanding yang best.

Kalau korang tau kat mana klinik gigi yg doktornya best sekali untuk orang yang maha penakut macam Sherrina, bleh le rekemenkan kat Sherrina. Sementara tu, sapu ubat gigi Cengkudu ajelah....adehhh..dehhh....dehhh.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin