Wednesday, December 05, 2007

Lonely Planet

Semenjak Sherrina mempunyai Rapidshare Premium Account dan 120GB Portable Hard Disk, antara perkara yang wajib dilakukan setiap hari ialah meneruskan operasi mendownload puluhan gigabyte dokumentari dan siri TV CSI Las Vegas daripada internet. Ya, kini tiada lagi alasan nak subscribe Astro kerana boleh download, tonton, burn dalam DVD dan pilih program yang hendak ditonton. Tak perlu menadah mata menonton program yang sama berulang-ulang dalam masa seminggu.



Antara siri yang kini menjadi feveret ialah Lonely Planet. Suka sangat cara mereka menghasilkan program tersebut. Membuatkan kita leh rasa teruja nak pergi ke destinasi tersebut. Memandangkan keadaan ekonomi kini yg lom mengizinkan nak jalan-jalan cari pasal makan di luar negeri, layan di skrin laptop ajelah. Pun dah separuh rasa macam berada di sana....ekekeke....



Semalam layan dokumentari travel iaitu 10 Best Beaches Of The World 2005. Perghhh.....kalau lah ada duit, leh hop dari satu beach ke satu beach. Kalau ada duit lahhh....sementara takde duit, layan filem ajelah....

Hmm....hari ni nak 'jalan-jalan' ke mana pulak ye.....hmmm...jom pegi Vienna lah pulak. Marii.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin