Friday, January 02, 2009

16 things about me

Sherrina telah di tag oleh Mr Faruqy, a fine person I knew when we were working together in Futurekids.


16 things bout me:


1. I really love experimenting with food, discovering new eating place and share the experience in my blog. Ironinya masa kecil dulu bila family bwk mkn dikedai, hanya akn order nasi goreng biasa dan teh o saja. Takut kalau order makanan lain, rasa x sedap.

2. Sherrina sgt takut lipas. Sgt2 fobia. Ni penyakit keturunan. Tp skrg dh berani sket. Gara2 penah masa memandu, anak lipas bertenggek kat steering. Memikirkan nyawa, kuatkan hati tangkap lipas tu pakai tisu. Kalau ikutkan hati yg takut, ntah2 dah eksiden.

3. Kadang2 suka berangan pelik2. Antaranya ialah imagine diri sendiri or nampak org kene ragut. Kejar peragut tu, sepak kaki dia kasi jatuh. Pastu tumbuk muka dia. Agak aneh tp mmg nk sgt rasa camne agaknya dpt tumbuk org. Slain dari tu suka imagine ala superhero. Selamatkan anak sultan then dpt reward. Ni lah akibat tgk byk sgt tv masa kecik2.

4. Tak penah terpikir akn terjebak dlm dunia pendidikan. Dulu cita2 nk jd doktor, sojar. Bila dah masuk U, nak jadi programmer. Semuanya bermula lepas grad diploma, jalan2 cari keje. First job di kompeni pendidikan komputer di Ampang Boulevard. Dihantar mengajar komputer di Sekolah Kebangsaan Tmn Melawati 2 selama setahun. Then quit, keje dgn Futurekids smpi 2006 klau x silap then diberhentikan lalu keje sendiri. Bukak kompeni sendiri, ngajar kursus IT utk gomen dan swasta lak. Tp sbb suka sgt ngajar bdk2, buat sambilan ngajar tuisyen di rumah student. Tak sangka dulu mati2 x mau jadi cikgu akhirnya terjebak juga.

5. Tak leh layan semua drama melayu. Tak masuk dgn jiwa. Apatah lagi yg berbelas episod. Muak sbb jalan cerita yg sama dan babak2 x logik dan x berfaedah. Filem melayu boleh layan spt filem2 Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki.

6. Sgt suka filem Grease. Walaupun tidak lahir di era kegemilangan filem tu tp tetap leh jatuh cinta. Gara2 pakcik Sherrina yg beli pita video Grease. Setiap kali blk kg, mesti tgk filem ni smpi dah bleh hafal setiap babak dan lagu. Skrg dah ada teknologi internet, dpt download filem ni dlm kualiti HD utk koleksi peribadi. Scene paling digemari ialah masa pertandingan tarian.
Dulu masa skolah rendah slalu skip kelas muzik. Akhirnya smpi skrg x reti baca note muzik. Tp menyimpan angan2 nk blaja main gitar. Instrumen gitar adalah instrumen muzik yg paling digemari dan ingin dipelajari. Tp jari dah keras. Cuma simpan impian nak beli PS3 dan permainan gitar PS bila memiliki rumah sendiri nnt.

7. Tak suka tgk cermin. Gara2 byg sgt tgk cite hantu dan dgr cite hantu. Gosok gigi dan basuh muka x tgk cermin. Malah dlm bilik takde cermin penuh yg boleh tengok dari kepala ke kaki. Takkan beli, no way.

8. Mula memakai cermin mata masa form 4. Hanya disedari ketika dlm makmal fizik, x nampak nota yg ditulis di papan oleh Cikgu Satari. Terpaksa tiru dari buku kawan. Bila check mata, rupanya mata kiri power 400 dan mata kanan power 150. Tak balance. Sejak itu bila bikin spek, power hanya dimata kanan aje. Mata kiri cuma hiasan je lah. Boleh je cungkil mata kiri dan frame gantung di dinding tapi nnt soket mata kiri masuk debu lak. So biar je lah. Hahaha...

9. Sangat suka gadget. Hmm...what was my first gadget? hmmmm.......oh ya. It was a fishing toy. Kind of cool, ada berpuluh ikat pusing2 dlm kolam sambil nganga mulut dan kita cuba pancing keluar. Hey, mende tu still dijual di kedai mainan, tau. I saw one in Toy City last week :D
Anyway, since dah mula bekerja dapat le experiment dengan banyak gadgets. PDA, handphones, laptop, GPS and etc. Selain daripada tu, suka tonton rancangan The Gadget Show. Too bad tak ditayangkan di tv Malaysia. Kene download dari internet.

10. When many people my age likes to buy nice car, polish the car every week and etc etc etc, Sherrina lak the opposite way. I just bought over my mom's proton aeroback (It's 10 years old) and last year tergesel dengan satu 4 wheel drive sampai ada kemek di pintu belakang. Many people ask me to mend it but I kind of like it the way it is. The best part bila orang tengok kemek tu, people will ask...what happen? Kenapa tak repair? My reason is, biar kete tu nampak buruk sikit. Hopefully pencuri kereta will pick a nicer car besides stealing my car. Huhuhu...

11. Saya lebih mementingkan kawan-kawan daripada keluarga. Ya, sad but true. It's even written in my zodiac (not that I trust it). Mementingkan means kalau kengkawan minta tolong, memang laju lah. Kalau my siblings minta tolong, lambat2 aje. Saja je, nak ajar dorang sket. Manja sangat.

12. I failedl in many exams. First time fail exam rasanya form 1 kot. Masa tu culture shock, baru masuk sekolah menengah. Girl school plak tu. Mula-mula cam takleh terima lah tengok warna merah dalam report card. Masa skolah rendah ada gak merah tapi subjek macam seni atau muzik. Bila masuk form 4 dan 5, lagi slalu jumpa merah. Nasib baik PMR dan SPM lulus. Masuk universiti, sama gak. The worst part rasanya kene tendang dari Unitar sebab pointer rendah. But again, nasib baik universiti swasta. So just re-register and transfer credit. Cuma perit le bayo yuran sendiri. Sambung blaja macam biasa. Lama sket nak habis degree sebab sambil keje sambil blaja. Tapi habis gak akhirnya. Janji ada degree sbb my kind of work ada perbezaan rate antara degree and diploma. Moralnya, tak kisah le fail brape banyak kali pun kalau terus berusaha pasti lulus jugak...ahaks!

13. Saya suka buat jokes. Ini penyakit semenjak kecil. Dan terbawak sampai besar. Tapi bagus juga sebab bidang kerja sekarang memerlukan saya mahir joking around. Kalau tak, student bosan. Saya pernah dapat comment yang cara saya mengajar kurang fun. So semenjak tu, saya double the joke dosage in class. Wahahahaha...

14. I'm bad in financial. Anything yg kene kira, lomah. Especially tang duit. Bila dah besar ni, baru rasa menyesal tak belajar subjek akaun betul-betul. Sekarang kene plak gi blaja uruskan akaun sendiri. Kekadang rasa iri hati dengan orang yang boleh uruskan akaun dengan baik. Damn, they are genius!

15. Sherrina ada masalah daya ingatan. Susah nak ingat kalau mende tu cuma berlaku sekali sahaja. Kalau repeated, takpe. So kekadang bila sembang2 ngan member and dorang bukak story zaman dulu-dulu....berasap le otak nak recall. Tang tu yg lomah.

16. Saya tak reti memandu kereta auto. Kereta saya skarang manual. Sesekali kene drive kereta auto, mata asyik pandang ke gear aje. Ok...now D. Oppss...lampu merah. Change to N. Now change to D....susahnya.

Saya kene tag 16 kawan? Wow..ramai tu. Saya tag 3 orang ajelah iaitu Oshie yg baru berkecimpung dalam bidang blog, kak Eycha, welcome to the business world dan Dr Ida yang baru kembali menceburi bidang renang :D

p/s: No 1-9 ditaip menggunakan handphone sebab blackout 3 jam. Nasib baik ada software QuickWord dalam phone. Dapat hilangkan boring, juga :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin