Thursday, January 22, 2009

Restoran Halia @ Sime Darby Convention Centre



Minggu lepas Sherrina berpeluang makan di sebuah restoran di Mont Kiara. Restoran Halia yang terletak didalam bangunan Sime Darby Convention Cente menyediakan buffet BBQ di waktu malam dengan harga RM38++. Sherrina call di 032089 3688 untuk buat tempahan.




Sampai disana jam 6.30 petang. Agak mudah mencarinya, terletak tidak jauh daripada INTAN. Bila sampai, tak ramai orang pun. Ada le dalam 2-3 meja je yang occupied. Pehhh, rasa macam makan kat umah sendiri. Almost privacy, takyah rebut2. Makanan melambak.


Bila duduk aje, waiter terus hidangkan air skyjuice (atau nama glamernya ais kosong) dan mangkuk-mangkuk sos ini diletakkan diatas meja kami.



Mula-mula amik kebab dulu. Sedap, tapi cuma makan satu je sebab nak cuba makanan lain.


Masa sesi mencuci mata, ternampak kambing panggang....yummmm.



Yang bestnya disini layanan first class. Kejap-kejap ada waiter yang akan datang bawak batang besi ni yang dicucuk dengan ayam, daging lembu, daging kambing atau ikan yang telah dipanggang. Kita cuma minta yang mana dan dia akan letakkan di pinggan kita.


Beginilah hasilnya apabila setiap kali waiter tu datang offer makanan, Sherrina angguk aje.


Selain tu ada juga salad bar. Confirm Sherrina tak singgah, kurang minat.


Ni antara menu yang menarik disini. Mongolian BBQ.


Mula-mula, pilih je apa bahan mentah yang hendak kita makan. Ada ayam, daging lembu, daging kambing, sotong, ikan, sayuran dan macam-macam lagi.


Bagi pada chef, beliau akan masak didepan anda.


macam-macam rempah dituangnya


Hasilnya begini....jadi kecut plak selepas dimasak. Sedap woo...


Lepas makan, tak sabo-sabo nak cuba dessert.


Part ni yang syok sangat, rasa nak bawak balik je mesin coklat ni


Amik sikit je, setakat nak rasa.


Aiskrim pun adalah. Tengok gaya macam aiskrim sendiri bikin nih


Macam-macam toppings ada...penuh satu cawan


Sebelum beredar, pekena satu cawan kopi dulu.

Kesimpulannya, makan disini memang best. Suasana tenang dan damai, kualiti makanan yang bagus. Chef yang sangat peramah, waiter yang standby sokmo nak refill air (agaknya sebab takde orang lain). Harga yang berpatutan. Sesekali nak celebrate hari istimewa, memang sesuai sangatlah disini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin