Thursday, January 15, 2009

Bercuti di Port Dickson-part 4

Lepas maghrib, siap-siap nak gi pasar malam. Kalau search di google mengenai tempat-tempat menarik atau aktiviti menarik di Port Dickson, pasar malam ini adalah salah satunya. So nak le gi tengok apa yang specialnya.



Malam sebelumnya lengang je pekan PD ni tapi kerana pasar malam ni, barulah nampak orang-orang PD keluar beramai-ramai. Besar gak pasar malam ni. Tak habis pusing lah. Parking pun susah nak dapat tapi rezeki kami agak baik, ada kete nak keluar. So tunggu jap, dapat park betul-betul depan pasar malam.

Lepas round-round Sherrina beli buah anggur, keropok lekor, pau kaya dan cendawan goreng. Oh ya, terjumpa gerai jual barang-barang seperti lampu suluh. Beli satu lampu suluh LED. Memang dah lama nak beli lampu ni sebab cahayanya sangat terang. Teruja tengok teropong-teropong yang dijual. Pun ada hajat nak beli satu buat simpan. Mana tau kot in the future nak gi tengok sukan ke Formula One ke. Tapi ramai sangat orang, tak sempat nak jenguk satu-satu.


Beli kopi ni untuk dibawa balik. Minuman kegemaran ayah Sherrina.

On the way back, singgah makan malam di Restoran Nasreen Songkhla. Restoran ni pun banyak mendapat liputan di internet sebagai restoran makanan Thai yang bagus di PD. Seperti dijangka, penuh. Mujur ada meja kosong.



Kami order nasi putih, kailan ikan masin, telur dadar dan ikan siakap masak stim limau



Walaupun orang sangat ramai, tapi servis sangat cepat. Dapat semua makanan dalam masa kurang daripada 30 minit.



Dari segi rasa, bagus. Tak banyak bezalah dengan gerai tomyan di KL. Harga berpatutan. Yang bagus tu ialah servisnya sangat cepat.

Selesai makan, balik ke resort. Layan citer Mr & Mrs Smith sambil mengabiskan makanan yang dibeli di pasar malam. Esoknya bangun agak lewat sebab nak check-out jam 12 tengahari. Destinasi berikutnya, Muzium dan Kota Lukut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin