Monday, October 26, 2009

Bengkel Strategic Planning ANSARA 2009

Pada hari semalam (Ahad, 25 Oktober 2009) telah berlangsung bengkel Strategic Planning ANSARA 2009 di Institut Integriti Malaysia. Program anjuran Persatuan Bekas Pelajar MRSM Semalaysia (ANSARA) ini hanya Sherrina ketahui 2-3 hari sebelum program. Mula-mula rasa macam malas nak gi tapi melihatkan tajuk bengkel yang nampak menarik, Sherrina daftarkan diri.

Pagi Ahad yang cukuplah enak untuk bangun lewat, Sherrina bergerak ke Jalan Duta pada jam 8.15 pagi. Tiba disana jam 9.00 pagi. Sarapan disediakan. Makan dululah. Jam 9.30 pagi, majlis bermula. Tujuan program ini diadakan untuk melihat kembali struktur organisasi, hala tuju, masalah yang dihadapi dan bagaimana untuk menaiktaraf Ansara ke tahap yang lebih baik.


Ucapan oleh Naib Presiden ANSARA, Dato' Nasri Nasrun. Ex-MRSM Beseri.


Ucapan oleh Cikgu Rahim, bekas guru Fizik MRSM Kuantan. Kini bertugas di Bahagian Pelajaran Menengah di MARA. Ucapan beliau cukup bernas dan seharusnya didengari oleh semua bekas pelajar MRSM.


Saudara Mohd Nizam, ex-MRSM Kuantan selaku moderator program.

Seramai 40 orang bekas pelajar daripada pelbagai chapter menyertai program ini. Ansara Terendak diwakili oleh Sherrina dan Iskandar Syahril.5 kumpulan diwujudkan dan peserta bebas menyertai mana-mana kumpulan. Kumpulan tersebut akan membincangkan 5 topik besar iaitu Komitmen, Dana, Operasi, Acara dan Komunikasi. Sherrina memilih untuk menyertai kumpulan Komunikasi, berkait-rapat dengan bidang tugas yang Sherrina jalankan sekarang. Is pulak berada di kumpulan Operasi.


Kumpulan Operasi sedang brainstorm.




Setelah sesi perbincangan dalam kumpulan, diadakan pula sesi perbentangan. Wakil kumpulan membentangkan masalah yang timbul, cara penyelesaian dan tindakan yang perlu diambil.


Sesi bergambar bersama dengan semua peserta.

Program ni cukup best. Sherrina dapat berkenalan dengan ex-MRSM daripada chapter lain dan daripada pelbagai latarbelakang dan usia. Memang seronok dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran bersama mereka. Mereka juga tidak lokek untuk memberikan pendapat dan input. Di akhir program, Sherrina telah dilantik menjadi wakil kumpulan Komunikasi dan insya' Allah, program susulan akan dijalankan pada 22 November nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin