Thursday, August 19, 2010

Buffet Buka Puasa di Legend Hotel

Pelbagai jenis manisan disediakan
Semalam Sherrina telah berbuka puasa di Legend Hotel atas tiket percuma jemputan kawan. Sherrina dan kawan bertolak dari Jalan Gurney jam 5.45pm dan tiba disana dalam jam 6.15pm. Alhamdulillah, jalan tak jem. Tapi pengalaman naik ke parking hotel cukup menggerikan. Minyak kete dalam tangki yang ada lagi 1/3 tetiba menyebabkan lampu amaran minyak menyala bila mendaki ke tingkat 4. Jalan nak naik ke parking tu berpusing-pusing macam gasing daa....

Kenapa le kecik sangat gelas minuman ni?
Pelbagai juadah disediakan. Harga seorang dewasa RM89++ kalau tak silap. Berbaloikan juadah dengan harga? Bolehlah. Bukan yang terbaik pernah Sherrina jumpa.

Sapa suka makanan Jepun, tentu gembira
Antara juadah yang Sherrina ambil berulang kali ialah kambing bakar, air sirap bandung, sotong goreng tepung madu dan teh tarik. Juadah yang lain, biasa-biasa saja.

Udang berdiri
Makanan laut seperti oyster dan udang segar turut disediakan bagi mereka yang lalu dan reti makan.

Sampai balik tak dapat nak amik aiskrim dan merasa aweh-aweh di kawasan air terjun coklat ini sebab ramai sangat orang mengerumuninya.

Kesimpulannya: Bolehlah. 3 bintang bagi kualiti makanan dan 5 bintang bagi perkhidmatan. Pantang pinggan kosong, laju je pelayan amik pinggan tu. Tapi ruang makan sangat sempit. Nampak sangat pihak hotel menyumbat-nyumbat meja dan kerusi di mana saja ruang kosong untuk memaksimakan bilangan pengunjung dalam satu-satu masa.

2 comments:

Haris Abdul Rahman said...

Looks nice but for RM90, I would be expecting more ....

sherrina said...

Agree, I also expect more.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin