Friday, May 16, 2008

Training in Teluk Batik-Part 2

Hari pertama kelas, agak kelam-kabut. Ruang kelas yang sangat kecil, menyumbatkan 24 orang peserta termasuk seorang trainer sangat melemaskan. Air-cond dan kipas terpaksa di adjust berkali-kali supaya kelas menjadi sedikit dingin.



Peserta-peserta kursus ini datang dari pelbagai sekolah dan jabatan pendidikan dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Tetapi kali ni kene go slow sikit sebab ramai yang hadir di kursus ini belum lagi pergi ke kursus Asas ICT. Maka ramai yang tak begitu mahir menggunakan komputer. Tetapi semangat mereka untuk cuba mempelajari Microsoft Acces, cukup Sherrina kagumi.

Habis kelas petang, Sherrina pulang ke bilik. Tukar pakaian dan apa lagi....acara di kolam renang lah. Kali ni lebih istimewa sebab nak test kamera Olympus 795 SW yang baru dibeli bulan lepas.



Sebelum masuk ke pool, check dulu. Penutup bateri dan kabel USB telah dikunci dengan kemas. Mula-mula terjun, cuak gak. Dah lama sket baru berani hidupkan kamera. Kalaulah tak hidup.....nangis tak berlagu. Mujurlah hidup akhirnya. Takde masalah. Yang uniknya bila berenang bersama kamera didalam air, keluar bubbles kecil dari beberapa penjuru kamera.


Sambil berenang, boleh bermain-main dengan menu dan flash. Malah boleh view gambar-gambar yang diambil. Best!


Terdapat beberapa setting yang disediakan untuk underwater. Antaranya wide dan macro.


Percubaan mengambil gambar dengan separuh lens didalam air.


Splash!


Percubaan mengambil gambar orang lain menyelam....not bad.


Percubaan self-potrait sambil berenang


Berjaya menggunakan timer didalam air. Letakkan kamera diatas anak tangga di pool. Setkan timer ke 10 saat. Klik dan pose....Menjadik!

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan kemudahan underwater pada Olympus 795 SW ini :)

Training in Teluk Batik-Part 1

Selama 4 hari meninggalkan KL, Sherrina berkampung di Teluk Batik Resort, Perak selama 4 hari kerana mengendalikan kursus Microsoft Access untuk kakitangan MOE di sana. Sherrina dan wakil syarikat bertolak dari KL pada hari Ahad jam 10.30 pagi. Kali ni agak unik daripada training di Pulau Pangkor tahun lepas dimana kami mengambil pilihan untuk melalui jalan lama (coastal road) ke Lumut. So dapat le melihat kawasan Meru, Sabak Bernam, Teluk Intan dll. Best juga, murah pun murah. Kami sampai di Teluk Batik lebih kurang jam 3 petang.


Lobi

Seperti biasa, acara pada waktu malam pertama ialah sesi taklimat dimana semua peserta yang telah check-in akan berkumpul untuk sesi penerangan mengenai kursus dan pembahagian kumpulan. Kali ni seramai 71 peserta hadir dan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang akan diberi tunjuk ajar oleh 3 trainer daripada 3 syarikat yg berlainan. Sherrina mendapat kumpulan 10. Peserta lelaki sangat kurang kali ni. Tak sampai 10 orang pun rasanya.



Facilities disini agak kureng lah. Bilik oklah selesa. Tapi bab yang paling payah ialah signal handphone. Kat sini, handphone hampir jadi bangkai lah. Sherrina dok di blok Cempaka, signal handphone kaput langsung. Baik Celcom mahupun Maxis. Nak call, kene ke lobi tu pun cuma 1 bar. Nak full bar, kene naik ke tingkat 2 di kawasan bilik seminar. Selain tu, kemudahan wi-fi ada disediakan tapi takde connection ke web. 3 hari dok suruh dorang repair, sampai dah check-out tak selesai. Hampeh tol!

Saturday, May 10, 2008

What the heck

Semalam Sherrina ke 7-Eleven. As usual antara mende yang akan dibeli ialah air Milo, Vitagen and a Kit-Kat bar. Sementara menunggu cashier scan barcode dan adjust harga Kit Kat (barcode takleh dibaca sebab Kit Kat beku dok dlm freezer), mata Sherrina akan melilau melihat mende-mende di kaunter. Coklat, gula-gula, rokok, chewing gum, kondom dan macam-macam.

Tetiba Sherrina ternampak suatu mende yang baru. Sebelum ni takde kat kaunter. Kotak susu perisa coklat dan kotak susu perisa vanila. Saiznya kecil dari yang ada dijual dan disimpan di freezer. Terdetik didalam hati "kenapa pula kotak susu dibiarkan di kaunter begini. Tentu cepat rosak"



Lepas bayar dan amik baki wang, Sherrina kerling ke arah produk tersebut sekali lagi. Mak aihhhh...ingatkan kotak susu. Rupanya kondom dalam packaging berbentuk kotak susu. Berperisa coklat dan vanila. What the heck....sapa punya idea ler bikin produk ini! Nasib baik aku tak tegur cashier tu....kalau tak, wat malu jer...



Gambar hiasan, bukan produk sebenar


Friday, May 09, 2008

Tagged

Saya di tag oleh Syam. Dah lama juga tak main tagging ni :p

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:
1. Asus G2S Gaming Notebook
2. Garmin Nuvi 660 Car GPS (Navigation)
3. 3 bedrooms Condominium with huge pool, gym and good security
4. Badminton shoe
5. PADI Scuba diving license

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:
1. Need a new gaming laptop badly. Game makin heavy, current Asus laptop makin semput
2. Letih lah, asik sesat aje. Asik kene print map aje. Pakai GPS kan senang.
3. Bestnya kalau ada condo sendiri. Leh gi pool dan gym bila2 suka dan privacy.
4. Kasut sekarang ni kasut jogging, asyik nak tergelincir aje bila main di court
5. Boleh le join diving group...jeles woo tgk orang lain gi diving....huhu

THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS
Syam

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:
1. Sangat peka dengan persekitaran semasa
2. Engineer yg terer
3. Rajin blogging
4. Rajin blog-hopping
5. Makin lama makin positif, bila baca post blog dulu2, penuh kesedihan aje

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:
Dia tag saya

MOST LOVED INVENTION (doesn’t have to be technically advanced)
Rak kaset dibuat dengan kepingan kayu. Sangat gigih. Beli kayu, paku. Ketuk sendiri, gergaji sendiri, licinkan sendiri guna kertas pasir dan cat.

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:
People who do not walk the talk

6 PEOPLE YOU WANNA TAG:
Reen
MizzAmy

Faruqy
tu jelah kot...tatau nak tag sapa lagi :p

Gadget: Review Olympus 795 SW

Seperti yang dijanjikan, saya akan ceritakan kenapa saya memilih Olympus 795 ini. Sherrina dah mula mengusha Olympus kerana ianya mempunyai ciri-ciri penggunaan untuk underwater. Semasa Sherrina ke Pulau Perhentian last year, gambar underwater yang diambil menggunakan disposable underwater camera sangat mengecewakan. Lantas Sherrina simpan niat nak beli underwater digicam. Akhirnya, selamat juga beli bulan lepas.

Semenjak menggunakan prosumer kamera Panasonic Lumix FZ3, memula beli memang le rajin gile usung ke sana ke mari. Tapi bila dah 4 tahun bersama FZ3, feel dah kurang. Kemalasan makin menebal. Alasan, bulky (confirm tak cecah tahap dSLR le mcm ni). Kene plak sejak ada Nokia E70, ada cameraphone. Lagi le malas nak bawa FZ3. Setelah berfikir-fikir, elok le ada satu Point & Shoot camera. Dan untuk menyedapkan hati, sambil menyelam minum air. Point & Shoot, small size, bigger megapixel dan bleh guna underwater.

So kenapa Olympus 795? Dah baca banyak, buat study lama giler. Asalnya nak angkat Olympus 770 SW tapi masa tu masih mahal...dlm RM1500 kot. So pendamlah dulu, kumpul duit. Pastu lupa, tup-tup keluar Olympus 790SW. Best..best. Tapi bila baca review, aiseh. Leh turun sampai 10ft je (+-3Meter). Alah...yg 770SW lagi leh turun 33ft, yg ni makin cetek plak. Hold dulu niat tu. Tak berapa lama, launch pula 795SW. Best...sebab leh turun 33ft. Cuma tang rega tu je yg..gulp. RM1500. So tunggu le. Last usha kat PC Fair pun turun sket je, RM1300. Tapi bila di Jcard Day tu offer sampai RM1119...tak bleh tahannn.



So kenapa yek saya pilih Olympus 795? Sebab:
  • Ia kamera digital kompak yang ringan, tahan lasak (leh tahan pressure 100kg-sesuai utk org yg reckless mcm saya)
  • Leh go underwater sampai 33 kaki dalamnya..wow!
  • Ada banyak preset setting yang saya takyah fikir2. Just pilih dan shoot. Ini termasuklah 3 setting untuk underwater
  • Membenarkan saya bermain dengan errr...amende ntah namanya (EV kot range -0.2 hingga +0.2, features yang slalu saya guna di Lumix FZ3)
  • Shockproof 1.5 meter...so kalau jatuh dr tempat tinggi (1.5m), tidaklah jerit separuh giler.
  • Ia ringan dan saya dapat pouch Golla percuma. So just masukkan digicam dlm pouch tu dan sangkut ke belt jeans. Yayy...tangan saya kosong takyah hold apa2 lagi. Meminimakan risiko tertinggal atau tercicir barang
  • video recording sgt best dan berkualiti
  • Sistem Menu yang cukup mudah dan menyeronokkan.
  • Setiap scene ada penerangan mengenainya. Memudahkan newbie.
  • Dapat byk freebies so extra best
  • Batterynya tahan lama

So itulah review daripada saya mengenai Olympus 795 SW. So far pueh hati. Cuma lom test masuk air je kamera ni (ada ke patut ada member Sherrina nak test rendam dalam air sirap masa kenduri kawin....cisss). Hopefully Ahad ni kalau gi outstation, saya leh test di swimming pool :)

Here's a sample from my camera:


Sunday, May 04, 2008

Majlis Perkahwinan Azri & Nadia Khairiah

Date: 3rd May 2008
Time: 12pm
Venue: Rumah pengantin lelaki di Shah Alam

Aku, Wana, Awin dan Radzi mewakili rakan2 CBN yg lain bertandang ke kenduri di sebelah lelaki pula di Shah Alam. Kali ni best gile sebab ianya berkonsepkan tradisional Negeri Sembilan. Makanannya sedap (rendang nogori pun ado) dan konsep lauk didalam kuali benar2 menarik (lupa giler nak amik gambar). Pastu siap ada live band iaitu muzik tradisional Negeri Sembilan. Memang tak sah kan kalau takde lagu Minang dan Ayam Den Lapeh...

Kali ni takde kompang team cuma ada pemain2 muzik tradisional tu. So sangat unik dan menarik. Layan gambarlahhh




Penyanyi team ni suaranya lagi sedap dari budak2 AF tu


Bergambar bersama pengantin

Oh ya, full album di My Fotopages ye. Check it out!

Majlis Perkahwinan Nadia & Azri

Back to back kenduri kahwin. 2 Mei yang lalu berlangsungnya majlis perkahwinan Nadia dan Azri. Nadia ialah rakan sekelas Sherrina dari Form 1 sampai Form 3 di CBN. Kami berhubungan sampai ke hari ini. Kira satu gang lah...gang yg suka bikin kecoh2 dari zaman skolah sampai sekarang. Setelah sekian lama, akhirnya ke jinjang pelamin juga.

Mula-mula bila dengar Nadia nak kawin (huh...ye ke ni?)di Kg Pengantin, aku ingat maknanya dia nak kawin kat Johor di kampung dia le. Rupanya Kg Pengantin tu nama tempat utk wedding event di Ampang. Cehh..baru ingat plan nak ke Singapore dah alang2 turun JB. huhu....

Anyway, wedding tu best. Makanan ok, suasana best. Paling best ialah meja aku le (me, Mas, Wana, Murni & Fadli, Awin & Radzi). Bikin havoc aje, dok ngusik2 orang. Minum air sirap bergelas2 (panas dohh) siap amik jug meja sebelah. Hahaha...

apa pun, tahniah pada Nadia (Apek) dan Azri....cam tak caye je korang ni kawin....hikhikhik


Nadia dan Azri di atas pelamin.


Gambar kenangan bersama pengantin

Gambar penuh di My Fotopages. Sorilah, wifi kat starbucks ni slow and internet kat umah problem. Kene potong line telefon sebab kene gigit tikus. Isnin baru Telekom baiki...huwaaa

Majlis Perkahwinan Yohanis dan Johan

Dah lama yek tak makan kat kenduri-kendara ni. Kali ni majlis perkahwinan Yohanis dan Johan di Kem Wardieburn pada 1 Mei 2008. Food, superb. Suasana, best. Yg best juga ialah jumpa member2 CBN.....jom layan gambar...


Pasangan pengantin diatas pelamin


Food...superb. Catering dari Subang. Lupa nak check nama company.


Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin.

Full album, check out My Fotopages.

Tuesday, April 29, 2008

ET: Training in APIIT & Intai-Intai

Banyaknye Entry Tertunggak kali ni. Ni sebab sibuk dengan training dan urusan Jubli Perak le. Al-maklumlah, countdown lagi 52 hari lagi. Banyak mende yang nak diuruskan.

Pada 21 April yang lalu, Sherrina telah dijemput untuk mengendalikan kursus Microsoft Access di APIIT. Ini adalah pengalaman pertama mengendalikan public course selain first time kene ngajar dalam English. Mujur juga majoriti peserta adalah melayu, so boleh le rojak-rojak. Mengajar kursus public ni agak mencabar kerana kita tatau siapa peserta dan latarbelakang mereka sehinggalah hari kelas. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.



Habis je sesi training di hari ketiga, sherrina dan member berkunjung ke sebuah restoran baru di Ampang-Ulu Klang. Namanya Intai-Intai. Kenapa namanya gitu? Memang kene intai baru nampak kedai. Tersorok di belakang bengkel kereta. Kat sini suasanya tenang aje sebab di pinggir hutan. Dan yang menguruskannya ialah En. Bahar iaitu warden asrama Akademi Fantasia. Saya pun tatau, kawan saya yang bagitau. Mana ada Astro di rumah :p


Tomyam seafood. Sedap bangat. Tak masam sangat, tak pedas pijar. Mmg hirup sampai habis le.


Ayam masak sweet sour kot..arghhh..lupa namanya. Nama makanan kat sini pelik2, ikut nama siam.


Udang butter prawn. Takleh celen butter prawn di restoran kat Uniten tu. Lagi syok.



Jus Bango (Banana+Mango) dan jus Orenchee (Orange+Lychee)

Makanan disini sedap-sedap. Suasana pun best, romantik. Sesuai le ngan harganya yg agak mahal. Kira leh gi le bila ada special occasion. Kalau hari-hari, parah gak :

*percubaan mengambil gambar menggunakan kamera Olympus dengan setting Cuisine

Sunday, April 20, 2008

JCard Day

Habis aje kursus di Kelang, terus jemput member di Mindef. Singgah di rumah untuk hantar barang-barang kursus dan menuju je Alpha Angle Wangsa Maju. Ya, Jcard kembali lagi. Ianya satu hari khas untuk pemegang Jcard mengabihkan wang. Tahun-tahun yang lalu tak pedulikan sangat Jcard day ni sebab ribuan manusia sanggup berlaga bahu untuk membeli-belah dan merebut tawaran diskaun. Tapi tahun ini teruja nak pegi kerana nak beli luggage baru. Kalau bab beli luggage, time Jcard day lah paling sesuai.

Sampai disana jam 6 petang, melihat deretan kereta agak risau juga takut takde parking. Mujur tahun ini ada guard yang menjaga lalu lintas. Dapat naik ke atas dan parking elok dekat dengan eskelator (tamau dah parking dekat tangga, semput). Turun ke bawah dan terus usha luggage. Setelah buat pilihan, ke kaunter bayaran. Kaunter juga sangat banyak so kesesakkan dapat diatasi. Rupanya dengan setiap belian RM100 dapat baucer Jusco RM10 percuma. Bagus juga.

Ingat nak usha kasut tetapi yang nampak cuma kepala manusia aje. Tak jadilah...jalan ke ruang legar Alpha Angle, humang aihhh...macam pasar borong.



Cubalah juga mengasak ke dalam lautan manusia ini untuk membeli bantal feather yang saya dok cari-cari selama ini djual dengan harga RM70.


Jalan-jalan, ingat nak balik dah. Ternampak IT Fair kat depan East India. Ingat takde apa sangatlah sebab baru ajekan PC Fair. Usha le camera yang saya nak sangat beli tu. Dan saya sangat terkejut. Harga yang ditawarkan RM100 murah dari di PC Fair. Olympus 795 SW dengan extra battery (yippee!), mini tripod, voucher cetakan gambar, 2GB XD Card dan Golla pouch kesemuanya pada harga RM1119! Alamak, saya sangat teruja. Yang best tu, voucher Jusco boleh dituntut juga. Lepas kira2, wahh...12 keping voucher nih. RM120. Wahhh...irresistible offer.

Pikir punya pikir, dok di KFC tekan2 calculator di henpon, saya ke kaunter tersebut. Lepas tanya macam2 perkara (dah tau pun pasal kamera ni sbb dah usha lama tapi saje nak test pengetahuan penjual...hahaha), akhirnya saya setuju. Lepas buat pembayaran, bawa resit ke kaunter untuk ambil barangan...


Olympus 795 SW beserta dengan USB cable, manual, CD dan mcm2 lagi


Yayy...additional battery. Takyah risau lagi kalau habis bateri.


Golla pouch




Sangat suka hati...


Barisan panjang untuk redeem voucher.

Lepas ni boleh lah bawak digicam kesana kemari sebab bersaiz kecil kan. Oklah tu, asik layan kamera 3.2 megapixel aje, sekali ni layan 7.1 mp plak. Nanti Sherrina story dengan detail kenapa kamera ini jadi pilihan ;)

Training in Klang-cerita dan gambar

14April-17 April 2008 Sherrina dan peserta kursus daripada Kementerian Pengajian Tinggi berkampung di Hotel Good Course, Klang untuk kursus Adobe Pagemaker. Sesekali beralih angin ke subjek begini seronok juga sebab tak stressful macam belajar Access. Yalah, subjek happy2 main designing mestilah seronok. Sherrina pun cuak juga sebab ni first time mengajar peserta yang ada dikalangannya merupakan lecturer kolej komuniti dan politeknik tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan sukses.

Hotel Good Course ni rasanya tak terkenal sangat kot. Mujurlah jumpa. Maklumlah, 5 tahun sekali pun tidak menjejak ke Klang ni sebab takde sedara-mara dok sana. Pakai agak2 aje jalan ke sana. Hotel ni 3 bintang kalau tak silap. Suasana hotel bolehlah, room pun selesa. Tapi makanan disana hebat. Macam tak sangka rupa hotel buruk, makanan best giler. Tang tu yg bagus.

Jomlah layan gambar pulak sebab gambar je leh citer 1000 perkataan....


Sesi taklimat dimulakan dengan nyanyi lagu kementerian. First time tengok dlm kursus.


Peserta khusyuk dalam kelas


Kelas yang sepatutnya 40 orang cuma 22 orang yang hadir


Berbincang dengan teman


Lagi best time presentation. Macam2 gaya. Oh ya, ini presentation hari Khamis sebab tu berbaju batik.


Kadang-kadang rasa macam real aje produk yang peserta present di hadapan :)


Pemandangan dari bilik. Rupanya penah ada pertandingan lumba jetski kat sungai ni.


Cekodok bilis, cekodok pisang dan cekodok jagung yg enak bangat


Puding yang sangat enak


Sistem Wi-Fi paling sempoi sekali. Dicucuk aje tembus kat siling.

Majlis habis pukul 12.30, check-out lewat sikit sebab keletihan yang teramat. Besides nak rehat sebab lepas check-out ada agenda yang memerlukan banyak tenaga. Check out next post :)

p/s: Kpd peserta yang nak gambar, leh email kat saya di sherrina_kl@yahoo.com

Saturday, April 19, 2008

ET: PC Fair di KLCC

ET kali ini ialah PC Fair di KLCC. Sherrina gi pada hari pertama iaitu hari Jumaat. Gi ngan cousin. Mula2 plan nak naik LRT tapi mengenangkan cousin Sherrina nak membeli printer, maka kami naik kereta.

Sampai di KLCC kol 2 gitu. Parking jenuh juga mencari tapi dapat akhirnya. Mula-mula, isi perut dulu. Nanti dah masuk PC Fair, lapor lak. Apalagi, Sherrina bawa cousin ke food court di Aseania. Disitu ada sizzling yang sedap sangat, the best yg Sherrina penah makan. Ianya pekat dan banyak lauk.


Sebelum


Selepas

Lepas makan, singgah Maxis center kejap sebab asik dapat sms kata registration tak lengkap. Lepas selesai, terus ke PC Fair. Ramainya manusia tapi masih leh berjalan lah. Sempat memborong katrij untuk printer. Beli yang compatible catridge aje. Kemudian usha bluetooth earpiece tapi model yang murah tak compatible plak dengan Nokia E70.

Then my cousin beli HP printer all in one, dapat le beberapa free stuff mcm USB fridge yg muat satu tin minuman, pen dan mcm2 lagi. Kemudian Sherrina beli mende2 kecil macam kain dan cecair pengelap LCD (dah cari lama tapi x jumpa2), MP3 Modulator yang leh cucuk USB tu (dulu rega seratus lebih, masa PC Fair dah turun sampai RM20 aje tapi silap tak amik yang RM25 siap ada remote). Nak cari USB charger for Nokia tapi takde. Kene gi Low Yatt agaknya.

Balik rumah kol 6 petang. Sangat gembira kerana dapat membeli catridge kerana printer sudah meraung minta diisi dengan catridge baru....huhuhu

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin