Tuesday, May 30, 2006

Demonstrasi Bantahan Kenaikkan Harga Minyak

Walaupun bantahan kecil sebegini sangat jarang berlaku dan jika terjadi pun, kerat kuku le kerajaan akan tunduk kepada tuntutan tersebut. Apatah lagi ia telah 3 bulan berlalu dan rakyat kini terpaksa meneruskan hidup walaupun perit dan bertambah payah.

Ahad lepas diadakan satu demonstrasi di KLCC bagi membantah kenaikkan harga minyak. Macam biasa, tak ramai yg akan join. Samada kerana tak tahu (spt sherrina) atau kerana takut. Logik juga, bantahan kecil mcm ini pun adegan pukul-memukul antara pengikut demonstrasi dan FRU bagaikan le ia demo yg besar seperti di luar negara. Mungkin kerana jarang berlaku maka FRU mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan skill daripada ilmu dan latihan yang selama ini mereka jalani. Lagipun kan perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, sesekali jadi ni lah baru bleh aplikasikan ilmu. Untuk laporan lanjut dan gambar kejadian, lawati blog Screenshots oleh Jeff Ooi.

Bila membelek dan klik di akhbar digital The Star bertarikh 29 Mei 2006, sherrina ingatkan pasti ada laporan besar mengenai kejadian ini. Selain daripada laporan utama mengenai kejadian gempa bumi di Indonesia, hanya artikel kecil sahaja mengenai demonstrasi tersebut:


Alahai kecilnya, tak popular atau sengaja tak digembar-gemburkan?




Berita close-up.

Oh ye, ternyata Polis tak setuju dengan penubuhan IPCMC (badan bebas yang akan menyemak tugas/tindakan Polis) dan mereka mengugut untuk mengundi pembangkang pada pilihanraya akan datang. Artikelnya di sini.

Ye, sherrina setuju dengan tindakan mereka. Polis pun dah fed-up dengan kerajaan, eloklah beri peluang pada pembangkang pula. Rakyat pun fed-up, Polis pun fed-up. Sherrina pun fed-up...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin