Monday, May 15, 2006

Remembering Prince Naseem

Masih ingat image ini:


aku masih ingat Prince Naseem ini mula menjadi ikon kegilaan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada aku dan kanak2 lain yg pada ketika itu hanya ikut sahaja trend yg ada. Musim Piala Thomas, masing2 pikul raket badminton dan menggelar diri masing2 Rashid Sidek, Foo Kok Keong dll. Masuk musim bola tampar (masih ingat drama Jepun, Maero Attack?), masing2 menggendeng bola pantai plastik dan mula menubuhkan pasukan bola tampar masing2 siap dengan skill2 bola berpussing, summersault dll.

Kemudian muncul pula Prince Naseem. Tapi aku pasti ketika tu takde pula yang menubuhkan team boxing sendiri. Cuma masing2 akan terpaku di hadapan televisyen bila ditayangkan perlawanan Prince Naseem. Kalau tak silap, dia ada datang ke Malaysia. Image beliau paling popular barangkali ialah gambar diatas. Masa tu masing2 suka le pose gaya gitu. Habis tuala diambil dan dililit lalu diikat di sekeliling pergelangan tangan. Al-maklumlah, nak beli boxing glove tak mampu.

Baru-baru ni ketika membawa The Star secara online, terjumpa artikel mengenai beliau:


Tak sangka ada lagi mamat ni. Maybe by now karier dia dah suam-suam kuku. Tak fofular macam dulu. La ni dah kene jail...Naseem...Naseem...

Ingat dulu lenggok dia di gelanggang. Budak-budak cukup suka meniru gaya dia...hahah...kenangan..kenangan..masa kecik-kecik dulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin