Bertolak dari hentian Putra, bas dijangka jam 10 tetapi hanya tiba jam 11 kerana rosak. Actually bas yang ditunggu tak tiba-tiba, kami ditumpangkan ke bas jam 11. Bas Konsortium, boleh tahan selesa cuma air cond kurang kuat. Dan yang paling tak tahan duduk tidak jauh dari orang yg tidur berdengkur penuh ceria....mujur sempat convert dan download filem Casino Royale dan Catch Me If You Can ke handphone. Cuma silap tak beli earphone yang ada dua ear piece (earphone+handsfree yg Nokia beri cuma ada satu earpiece), bunyi-bunyi dengkur mencuri-curi masuk ke telinga juga....hurmm...
Bas berhenti di dua tempat. Satu di Lanchang dan satu lagi Temerloh kut. Sempat turun untuk ke tandas dan beli jajan. Sampai di Terminal Kuantan sekitar 2.30pm menaiki kereta rakan technician ke hotel. Ketika didalam kereta baru kami tahu rupanya kami tak ditempatkan di Swiss Garden seperti yang dijanjikan oleh pihak pengurusan training provider sebaliknya di De Rhu Beach Resort. Seems like the boss last minute baru realize yang rate Swiss Garden lebih tinggi dari budget. Peserta kursus ditempatkan di Duta Village Resort dan kami tak dapat tinggal disana kerana tiada bilik kosong. Alternatif terbaik adalah Swiss Garden yang berjiran dengan Duta Village. Tetapi kami tercampak ke De Rhu dan terpaksa menggunakan kereta untuk berulang alik ke tempat kursus. Duh!!!
Checked in De Rhu, agak sunyi kerana bukan musim cuti sekolah. Ada sekumpulan kakitangan kerajaan sedang berkursus disana. Lepas kemas barang, rehat dan ke pantai untuk bersiar-siar dan sempat mandi di kolam renang yg menurut signboard disitu merupakan pool berbentuk lagun terbesar di Pantai Timur. Tapi sayangnya ianya tak dijaga. What a waste!
Bilik yang luas, bersih dan selesa. Katilnya leh muat 3 orang.
Sempat berenang disini sambil menyelam ke dasar kolam mengutip serpihan-serpihan tiles lantai kolam yang pecah-pecah dan berselerakan di dasar kolam. Kolam dalam keadaan yang menyedihkan dan merbahaya kerana kaki boleh terluka jika terpijak tiles yang tajam.
Pool disini taklah seteruk diatas tapi airnya pulak tak berganti. Menyeramkan apabila berenang dan menyelam tanpa boleh melihat dasar kolam. Tapi disini lebih best kerana paras kedalaman lebih dari kepala tapi design kolam agak pelik kerana kadar kecuraman tak sekata dan jika perenang yang tidak mahir, mudah tergelongsor ke kawasan yang lebih dalam.
Pantai agak lengang kerana bukan musim cuti sekolah.
Pada sebelah malam kami dibawa ke Duta Village dimana kami sekali lagi pissed off kerana pengurusan 'terlupa' nak aturkan dinner kami. Mujur breakfast diberi percuma di hotel. Kami tumpang makan aje dengan peserta kursus. Selepas memberikan taklimat, pembahagian kumpulan dan minum malam, kami berangkat pulang ke hotel. Berulang-alik begini memang memenatkan dan melecehkan!
Pertama kali tidur di hotel seorang diri, tidur sambil memasang TV3 yang bersiaran sehingga ke pagi.....
No comments:
Post a Comment