Bangun seawal pagi, dapat melihat matahari terbit. Bersiap dan turun untuk sarapan. Bestnya dapat makan Koko Krunch dan bubur nasi. Tak berani nak makan nasi lemak takut perut buat hal.
Bertolak ke Duta Village, aku pilih kelas ketiga yang terletak di hujung pool berdekatan pantai. Bagus juga walaupun tersisih agak jauh dari kelas satu dan dua kerana kelas satu dan dua mengalami gangguan bekalan elektrik (overload barangkali) sebanyak 4 kali menyebabkan perjalanan kelas terganggu.
Berhenti makan pada jam 12.30. Urusetia program masih tak nampak bayang. Biasanya kalau gitu, sampai habis kursus takdelah urusetia. Kitorang ajelah yg jadi urusetia, jadi trainer. Hmmm...
Kami balik ke hotel untuk berkemas barang dan check-out kerana dapat bilik di Duta Village. Beberapa orang peserta tidak hadir. Kembali ke Duta Village dan check in ke bilik. Bersaiz lebih kecil, pencahayaan suram kerana 2 biji lampu tidak berfungsi (I hate gloomy room). Kelas berjalan lagi sehingga petang. Ingat nak turun pool di Duta Village pula tapi kepenatan yang teramat. Balik bilik, mandi dan rehat sementara menunggu makan malam.
Selepas makan malam, takde aktiviti menarik. Nak jalan-jalan pun takde kenderaan. Masuk ke bilik, tengok tv sampai tertidur.
No comments:
Post a Comment