Saturday, May 26, 2007

Reunion CBN - Part 1

Awsome! That's the best word to describe the 10 years reunion of Convent Bukit Nanas girls. That will be 12 years for me coz I left CBN after form 3. Thanks to Nik Yazmin and Azie who had done great job in organizing everything from providing place, food and etc. The reunion party was held today right in the CBN hall, where we used to gather for assembly everyday.


Nik Yazmin, her sister, I-Ching and me arrived early to setup the place.


Rose and Yohaniz arrived at about 4 pm


Anis and the gang


Catching up with ex-classmates


Bersantai di tepi padang sambil membuka cerita lama


My classroom when I was in Form 4, I was there for only 3 months before leaving for MRSM.


Good ol friend



Group photo.

Not everyone is there but it's enough to shake the hall with shriek and laughter. This is an opportunity to know what everyone is doing now, who has got married and who already has children. It's also time to revisited the old memory like 'remember those days when the teacher thrown us out from the classroom, remember those time when we use to lepak at that particular bench in the canteen to finished (or copy...tee hee hee) our homeworks...Those days, as if it only happened yesterday.

Anyway, more photos can be seen at my Fotopages. Clik here to visit it. For those who would like to get the actual size of any photo, please email me at sherrina_kl@yahoo.com

I better go now, need to pack up stuff. Tomorrow will be flying to Kuching for a Microsoft Access training. Yippeee.....Mee Kolok, here I come!!

Thursday, May 24, 2007

ActivemindKids Camp Is Back!!


Yippeee!!!!!!!!

ActivemindKids kini kembali lagi dengan siri kem Sains dan English bagi cuti sekolah akan datang. Kem yang menjanjikan keriangan dan pelbagai pengetahuan menarik ini akan membawa tema "Transport Engineer".

Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti seperti:

* Amazing Race game
* Spelling Bee
* Role Play
* Air Flight
* Design your own moving car
* Vehicle testing

dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik menanti peserta. Goodie bag, sijil penyertaan dan hasil eksperimen boleh dibawa pulang.

Yuran cuma RM50 sahaja untuk seorang peserta termasuk makan dan peralatan.

Maklumat Kem "Transport Engineer"

Tarikh: 4 Jun 2007
Masa: 8.30 am - 4.30pm
Lokasi: Anjung Rahmat, Batu 6, Gombak, Selangor
Yuran: RM50 seorang

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Sharifah Sharina (013-384 3484) atau
Iskandar Aminuddin (013-2085 215)
atau email kepada kami di sherrina@activemindkids.com untuk maklumat lanjut.

Tempah tempat untuk anak anda sebelum ia penuh!!!

Sila download brochure, registration form dan location map yang disediakan di bawah ini:
Brochure (in MS Word format)
Brochure (in PDF format)
Registration form (in MS Word format)
Location Map
Click here to see previous camp's photos.


Sharifah Sharina
Camp Coordinator
Activemindkids
ActivemindKids.com

Monday, May 21, 2007

Al-Fatihah Buat Fadlie@Palie@Fudge

Sherrina baru balik dari kelas tuisyen. As usual lepas mandi, online dan check YM. Sekali baca Status pada nick Slyde26, sherrina tak endahkan. Tetapi bagai ada sesuatu pada msg tu yg memanggil Sherrina untuk klik pada link tersebut yang membawa kepada keratan akhbar online Metro.

Bila membaca sekali imbas, hanya berita lemas biasa. Tetapi bagai ada sesuatu yang menarik untuk Sherrina terus menatapi dan membacanya berulangkali. Nama Muhammad Fadli Che Hassan bagaikan familiar. Sherrina teringatkan Fudge, sahabat yg Sherrina kenali dari forum Bincang.Net beberapa tahun dahulu. Tak mungkin, orang lain agaknya....hati Sherrina berdetik.

Sherrina cuba YM Slyde untuk mendapatkan kepastian tapi tiada jawapan. Setelah beberapa minit baru Slyde kembali dan mengesahkan berita kematian itu adalah Muhammad Fadli yg Sherrina lebih kenali sebagai Palie@Fudge. Tergamam..jari jemari kaku...tak sangka cepat benar Palie meninggalkan dunia ini...

Allahyarham Fadlie lemas ketika cuba menyelamatkan 2 rakan perempuan yang camping bersama di Gunung Nuang. 2 orang tersebut selamat tetapi arwah ditarik ke dasar sungai.

Terkilan rasa dihati kerana masa cuti Hari Pekerja yang lepas, Arwah beria-ia mengajak shooting di Kuala Selangor. Tetapi Sherrina terpaksa tolak kerana ada kerja lain yang perlu disiapkan. Sherrina mengenali arwah kerana kami berdua sama-sama involve dalam hobi yang sama iaitu photography. Kami pernah sama-sama shoot di bukit Wangsa Maju (di Seksyen 4 berdekatan bangunan Telekom) dan arwah banyak mengajar Sherrina teknik-teknik fotografi. Masa tu arwah baru je beli Nikon D70S klau tak silap ngan infra-red filter. Sakan shooting gambar kat sana. Kene selongkar balik CD-CD fotografi untuk mencari gambar-gambar tersebut. Eh, ada pun rupanya upload di
Fotopages. Kenangan terindah...

Selain tu Sherrina dan Allahyarham Fadlie slalu lepak pekena teh ais di Restoran NZ sebab dia slalu pinjam buku2 cerita Sherrina iaitu Harry Potter dan buku2 tulisan Dan Brown. Ada satu lagi buku yang masih dalam simpanan dia, berkali2 dia nak jumpa untuk pulangkan tapi masa tak mengizinkan. Tak sangka masa itu sudah pun tiada...

Sedihnya..Fudge seorang sahabat yang baik dan rajin berkongsi ilmu. Pandai berjenaka dan rajin berusaha. Good people die young....kata omputeh. Ye ke?

Maafkan aku, sahabat kerana tak dapat menunaikan janji shooting di Kuala Selangor. Nak tunaikan bila waktu dah lapang pun nampaknya peluang itu tiada lagi. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Amin....

Thursday, May 17, 2007

Selamat Hari Guru


Harap masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru-guru di seluruh negara. Walaupun Sherrina bukan guru yang mengajar di sekolah tetapi dapat juga ucapan selamat daripada peserta-peserta kursus dan kawan-kawan. Dan juga dapat bunga. Terharu rasanya...hihihi....errr...apa tema Hari Guru tahun ni?


Training in JB - Day 4

Pejam celik pejam celik dah masuk hari keempat, hari terakhir. Hari ni cuma bagi peserta ujian untuk melihat kecekapan dan pemahaman mereka. Alhamdulillah, 80% memang dah boleh buat dan selebihnya cuma perlukan lebih banyak latihan untuk pemahaman.

Majlis penutup dijalankan di dewan besar. Setelah ucapan oleh wakil kementerian, wakil peserta dan wakil tenaga pengajar.....sesi penyampaian sijil.





Kami turut menerima cenderahati daripada peserta. Terima kasih daun keladi. Beso bebeno, takleh nak bawak balik KL sebab kami balik naik bas. Terpaksa tumpang kete orang. Harap dapat lagi peluang mengajar di selatan lagi :)

Training in JB - Day 3

Masuk hari ketiga. Hari yang agak sengsara. Bilik seminar asik blackout di sebelah petang. Mujur sebelah pagi tiada masalah sangat kerana sebelah pagi tu kami cover topik yang penting iaitu Relationship, Query dan Import/Export. Disebelah petang topik Report yang agak sama dengan Form. Masing-masing pun dah naik hangin dengan management hotel kerana masalah bekalan elektrik ni tak selesai-selesai. Yang bengangnya management tak tunjuk muka pun apatah lagi meminta maaf. Technician asik hilang dan tak datang-datang walaupun berkali-kali mereka dipanggil. Mujur cuma 40 komputer. Kalau kursus Asas ICT yang memerlukan 75 komputer, masak le mereka.




Sempat lagi sengih time kelas.

Di sebelah malamnya kami berlima meminjam kereta Faizal (thanks Faizal kerana sudi pi dating ngan motor instead of kete....hehe) dan menuju ke Stulang Laut iaitu kawasan bebas cukai. Disini ada pelbagai jenis kedai dan pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli. Kesian Wan, jeling2 aje tengok karton rokok...fulus tadak ek..hehehe.




Deretan coklat import yang mahal2 harganya. Cuma beli sekotak coklat yang dijual dengan harga RM9 instead of RM14. Tu pun sebab nak expired bulan 6.



Lepak di gerai makan kat area mana ntah yang terletak sepelaung dari pulau Singapura. Bleh nampak kelip-kelip bot marin Singapura membuat rondaan. Kawasan ni terkenal dengan makanan laut.


Lepas minum, layan karaoke pulak. Amboi bang, nganga besar mcm nak telan mic nampak...kuikuikui.

Training in JB - Day 2

Pagi yang damai. Mujur dah gosok baju petang semalam. Malam pertama as usual payah nak lena. Apatah lagi tv disini tiada siaran Bloomberg ataupun CNN yang slalunya mendodoi Sherrina sehingga ke pagi. Terpaksa layan ESPN dan biarkan ia melalak sehingga pagi.

Sarapan pagi. Kenapalah takde cereal macam di Kuching dan KK? Makan bubur nasi dan kentang. Naik ke bilik seminar, memperkenalkan diri dan meneruskan kelas seperti yang dijadualkan. Break pada jam 10.30 pagi untuk minum dan sambung semula sehingga lunch time. Kelas bersambung selepas lunch hingga 5.30 petang. Kali ni kami anjakkan kelas malam ke petang untuk memberi peluang pelajar bersiar-siar di sekitar JB di sebelah malam selain daripada biasanya student terlalu penat untuk menghadiri kelas malam.

Lepas dinner kami kebuntuan. Tatau nak pegi mana. Kete takde plak sebab Faizal ada hal. Aku, Is dan Wan (technician yg uruskan komputer) gamble aje naik teksi ke Danga Bay. Org kata mcm biasa aje tempat ni tapi wah, cantik juga. Meriah di waktu malam dengan sinaran lampu disana sini, tempat makan dan live band disana sini.



Tak larat nak berjalan sebenarnya sebab kaki letih berdiri sepanjang hari semasa mengajar. Mujur ada keretapi ni. Bayar RM2 dan dibawa anda round satu Danga Bay.


setelah round naik train, kami jalan jugaklah pelan-pelan ke kawasan lain kerana tertarik nak melihat dengan dekat rumah-rumah tradisional yang ada disini dijadikan replika.


Iskandar dan Wan dihadapan Rumah Kota Tinggi


Kami berjalan lagi sehingga ke Street Mall. Kebetulan ada pasar Thai disini, banyak barangan dari Siam. Untuk menambah suasana, lagu siam turut dipasang. Sepanjang berjalan ke kawasan ni ramai le pasangan2 romantika de amor berdating di celah-celah pohon rumbia di sekitar Danga Bay. Dan jadi kawasan maksiat lah pulak. Tercemar rupa Danga Bay yg indah ni.


Pelbagai jenis kenderaan disediakan disini untuk kemudahan pengunjung bersantai dikawasan ini. Basikal sebegini pun ada selain basikal yang boleh dinaiki 3 orang. Sewanya boleh tahan mahal lah jugak.


Setelah penat berjalan, kami singgah disini untuk pekena milo ais dan kentang goreng sambil dihiburkan oleh live band ini. Dorang ni patut masuk AF, suara dorang quite good.

Training in JB - Day 1

Training di JB melengkapkan pusingan kami mengelilingi Malaysia. Tidak melawat ke semua negeri tetapi kami menjejakkan kaki ke semua zon. Kali ini Zon Selatan menerima kunjungan kami. Tugasan kali ini ialah memberikan training bagi subjek database menggunakan Microsoft Access kepada kakitangan sekolah dari kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sherrina, Is dan Faizal bertolak menaiki kereta ke JB. Ini akan menjadi lawatan kedua ke JB setelah datang ke sini pada 2001 utk graduasi di UTM. Kami bertolak dalam jam 10.30 pagi dan tiba di Hotel Good Hope di Skudai pada jam 1 petang. Setelah selesai urusan check-in, masuk ke bilik masing-masing untuk mengemas barang. Erkk....keadaan hotelnya usang lah pulak. Dinding terkopek, bau karpet yang hapak dan tv yang asik bermasalah. At least disini ada gak remote tv dan peti ais tak seperti di Pulau Pangkor yang lepas.

Semua lampu malap. Bosan seh.

Yuckk...tak selera nak mandi tapi takkan dok sini 4 hari tak mandi. Terpaksa jugak :(
Setelah mengemas barang, turun untuk melihat training room yang akan kami guna dan melihat bilik taklimat. Tiada aktiviti di sebelah petang, Sherrina dan Is berjalan ke sekitar kawasan hotel. Kedai kebanyakkannya tutup kerana hari Ahad. Hanya ada sebuah bank iaitu bank RHB dan sebuah kedai mamak. Bummer...bosan gilosh tempat ni. Duduk di kedai mamak sambil pekena mee goreng dan teh ais sementara menunggu hujan teduh.


Mai secawan!


Berehat dan mandi sementara menunggu makan malam dan taklimat pada jam 8.30pm.


Pemandangan dari tingkat 11

Sesi taklimat berjalan dengan lancar. Ternyata peserta mudah mesra antara satu sama lain. Walaupun keadaan hotel kurang best tetapi makanannya not bad. Sesi taklimat dijalankan oleh Iskandar. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, perlantikkan penghulu kumpulan dijalankan dan diakhiri dengan minum malam berupa kopi/teh dan sandwich.

Saturday, May 12, 2007

Take A Break

Things had been hectic lately. Even all plans has been laid carefully, some fail to execute as it should be. Doesn't matter. It's okay to fail but not okay to give up. Will be back with new formula and ideas for the Shifa' kids.

I'm off to JB for 3 days Microsoft Access training. I hope the south participants will be as good as the others. I bet they are advance than Sarawak. We'll find out about it.

Till then....have a nice day.

p/s: If you feel down, anger, heart shattered to pieces and failed....go and watch Sumolah. It lift up my spirit and makes me believe that it's ok to fail but not to give up. Dare to fail!

Wednesday, May 09, 2007

Board Games

Semasa Sherrina kecil, permainan video baru melanda Malaysia. Masa tu budak-budak berbicara tentang Micro Genius, Nintendo, Super Mario, Super Contra dan sebagainya. Sebenarnya ramai yang sekadar boleh berbicara aje sebab hanya yang kaya aje betul2 mampu nak beli konsol tersebut yang pada ketika itu merupakan aras penunjuk kemewahan bagi kami kanak-kanak di bangku sekolah rendah. Sherrina juga tak terkecuali daripada penangan video game. Siap ponteng kelas ngaji semata-mata nak layan video game di rumah jiran (kene rotan...adoii!).

Video game rasanya mula top sekitar tahun 1990 kalau tak silap. Sebelum wujudnya permainan video, board games adalah antara permainan yang menjadi kegemaran Sherrina dan kawan-kawan. Antaranya seperti Saidina, Monopoly, Compendium of 30 games (yg ni memang best sebab ada 30 permainan didalam satu kotak), Dam, Chess dan macam-macam lagi. Kebanyakkan permainan ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat iaitu Syarikat Permainan Malaysia.

Bermain permainan board games ni memang menyeronokkan dan mengasyikkan. Lebih-lebih lagi banyak yang kita boleh pelajari sambil bermain. Cuma permainan begini kene main lebih dari seorang pemain. Bila dah dewasa dan teringin nak main semula board games, layan di laptop ajelah sebab mana nak cari member nak main.

Apabila Sherrina join volunteering di Shifa', Sherrina perkenalkan board games kepada mereka. Bermula dengan Sahibba yang dibeli di MPH kemudian beralih ke Saidina dan kini Compendium of 30 games. Mereka sangat-sangat teruja dengan permainan-permainan itu. Selain tu Sherrina juga ajarkan mereka cara bermain catur. Bila petang selepas kelas tuisyen, kami akan berkumpul dan bermain sama-sama. Seronok sebab baru ada geng nak main. Walaupun baru beberapa kali bermain, masing-masing dah mula handal dan cuba mencipta strategi sendiri.






Laman Web Rumah Shifa': http://rumahshifa.blogspot.com

Monday, May 07, 2007

Book Review: A Bend In The Road



Besides Faisal Tehrani, John Grisham, Dave Pelzer, Sophie Kinsella, Meg Cabot and JK Rowling, I also love to read the books written by Nicholas Sparks.

It started few years ago when my mother subscribe the Readers' Digest. Wait! My mom did not subscribe it. Someone at her office subscribe it or someone subscribe it and ask RD to sent the magazine to her office, exactly at her department which was at 13th floor. But no one in her department claimed to own the magazine. She tried to search for the owner and even contacted Readers' Digest but they still send the magazine. Since no one in her department interested to read RD, she brought it home. That's when I started to read RD and fell in love with it. A year later the free magazine stopped coming in and we continue to subscribe.

In RD magazine there are also other products such as health books, CD and etc. One of the item that I like the most is the collection of short stories. I have about 4 sets of it. The best short stories and many of it are true stories. One of the short story was written by Nicholas Sparks. The title is The Rescue. A really inspiring story and I keep reading it again and again when I have nothing else to read.

Recently when browsing and downloading e-books for my phone, I stumbled upon Nicholas Sparks' e-books. Wow..a quite a collection. I downloaded as many as I can find and start reading it after I completed the Princes Diaries series from book 1 - 7 which took me about 2 weeks to complete. I called it 'The Princess Diaries Marathon' simply because I can't just put down the book (I mean phone) after I completed one book after another. Those books are great and suitable for light reading.

Back to Nicholas Sparks. I read one of his book called A Bend In The Road. The story is a bout a cop whose wife dies in a terrible car accident. A hit and run, actually and how he tried to find the killer and at the same time keep on living. After a few years he met a new teacher who happened to teach his son and they fall in love.

WARNING! Spoiler!!
The tragic part was (highlight if you really wanna know it....warning, it's a Spoiler!) the teacher's brother is the one who accidentally killed his wife. Very suspense, thrill and sad at the same time. Highly recommended for those who are looking for a light reading material. Nicholas Sparks Rocks!

Sunday, May 06, 2007

Lembaga Akreditasi Negara


Khamis lepas tiba-tiba mendapat panggilan daripada Puan Haslina, lecturer di Unitar meminta Sherrina datang ke Unitar untuk berbincang sesuatu. Cuak jugak sebab rasanya semua subjek dah settle cuma yuran aje yg masih belum dilunaskan. Itupun tak banyak sangat pun.

Bila ditanya rupanya untuk sesi temuduga Lembaga Akreditasi Negara bagi kursus Sherrina iaitu Bachelor of Information System. Rupanya pengiktirafan LAN perlu renew setiap 5 tahun.

Sherrina bergegas ke Kelana Jaya pada jam 1 dan berkumpul di fakulti pada jam 2. Terjumpa En. Ridha di dalam lif, terus beliau bawa Sherrina ke bilik seminar dimana sesi temuduga diadakan. Pada hari tersebut dikhususkan untuk kursus BIS sahaja. Dalam 20 orang agaknya yang dipanggil untuk membantu pihak LAN menyelidik perjalanan pengajian bagi kursus kami ni. Yang best nya dapat jumpa kawan2 lama iaitu Roziana yg tengah praktikal dan Linda yang juga tengah praktikal. Sembang sakan le sebelum menunggu untuk dipanggil masuk.

Sejam kemudian kami bertiga dipanggil masuk, kumpulan terakhir bagi sesi BIS. Kami ditemuramah oleh pegawai2 LAN yang datangnya dari UUM, UIA dan USM kalau tak silap. Mereka tanya le latarbelakang sebelum masuk ke Unitar, kenapa pilih Unitar dan bagaimana pembelajaran universiti maya di Unitar. Sebelum ni kami banyak le merungut2 pasal kekurangan di Unitar dan rasa menyampah dah blaja kat sini tapi bila bercerita dengan pegawai2 tersebut baru rasa bertuahnya belajar di Unitar dan betapa banyaknya kemudahan yang ada yang tak pernah diperolehi di universiti sebelum ini. Sedih lah pulak nak tinggalkan Unitar dan lecturer2 yang ngam ngan kami.

Di akhir interview, pegawai2 tu kata kami le kumpulan yang paling ceria dan happening. Siap demo dengan details penggunaan VOISS dan aplikasi2 yang disediakan oleh Unitar.

Tuesday, May 01, 2007

Reunion CBN!!




Yahoo...setelah tertunda beberapa kali, kali ni ianya akan berlangsung. Reunion CBN bagi batch SPM 97 (ya I know aku tak amik SPM di CBN tapi aku tak kira aku nak pegi jugak!!!)

Details are as below:
Date : 26.05.2007
Time : 3.30 pm to 6.00 pm
Venue : Hall, SM Convent Bukit Nanas
Cost : RM30 (RM35 on the day)

Bleh bawak suami dan anak-anak (except Mother-In Law.....muahaha), FOC for kids. For details please sms to 012-2227002 dan untuk cara pembayaran, kindly contact Azie at (o16) 3404120.


See you there!


Blog CBN 9 7 Reunion
Blog SMKCBN

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin