Sherrina dan member gi kelas 5B2 (skarang kelas 5A3 kalau tak silap) utk join Fakulti IT. Ketika sampai Abijan sedang memberikan mukadimah.

Peserta di Fakulti IT

Abijan selaku ketua fakulti

Oshie berkongsi pengalamannya belajar di UniKL

Abg Mantoi menceritakan pengalaman kerjaya IT di zaman 90an.

Saya berkongsi pengalaman kerjaya saya sebagai IT Trainer

Kalau tak silap ni Fakulti Ekonomi. Abg Payut dan Shimi sedang berkongsi pengalaman.
Selepas makan tengahari (thanks to pihak maktab) di foyer sains dan berehat, sesi career talk disambung semula dengan kumpulan pelajar yang lain. Kumpulan kedua yang memasuki fakulti IT lebih agresif dan bertanyakan banyak soalan. Jam 3 petang kami akhiri sesi kami dan bergerak ke PSP untuk program motivasi kendalian Madhi dan Mad Duan.

Semua pelajar Form 5 di PSP yang sejuk macam peti ais

ahhh....tempat kegemaran saya bila masuk PSP. Blaja pun boleh, tidur lagilah boleh....
Sesi motivasi berjalan dengan lancar. Kami terkesima mendengar Mad Duan menceritakan mengenai lagenda Ridzuan Iskandar. Selesai sesi motivasi, kami beredar dan bersiap untuk acara sukan bersama pelajar Form 5. Kami memilih utk mengadakan permainan futsal dan bola tampar kerana cuaca kurang baik.

Kesian plat Jubli Perak....sudah seperti acara gores dan menang

Abijan, Qaisy, Oshie dan Shimi berpayung menuju ke gelanggang

Perlawanan futsal antara Ansara Terendak vs MRSM Terendak

Permainan bola tampar...gelak lebih dari bermain :p

Sesi ngeteh di Alor Gajah sebelum mereka pulang ke KL
Career Talk kali ini berjalan dengan baik walaupun ada kekurangan disana sini. Faktor masa yang singkat membuatkan saya rasa masih banyak perkara yang belum saya kongsikan dengan adik-adik. Harap Career Talk ini dapat diadakan lagi di tahun hadapan :)
No comments:
Post a Comment