Sunday, April 12, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan @ Melaka - Day 1

Setelah selesai Career Talk di maktab, Sherrina dan member stay di Melaka lagi. Mengambil peluang melawat negeri Melaka (kelakar kan, walhal 2 tahun belajar di sini tapi banyak lagi tempat yang tak penah pegi) disamping menggunakan voucher penginapan yang telah ditempah dari tahun lepas lagi.




Pada hari Career Talk kami menginap di Seraya Chalet di Pengkalan Balak..selesa dan bersih.


Lepas check-out pada hari Ahad, kami gerak ke bandar Melaka. Tapi rasa steering cam senget. Singgah bengkel jap buat wheel balancing dan wheel alignment. Baru syok nak berjalan.

Tonton di TV2 rancangan berkenaan dengan pelancongan, dicadangkan makan Chicken Rice Ball. Masalahnya di Melaka ni kebanyakkan restoran yang menjual menu ni adalah restoran cina. Mujur rancangan tv tu tunjukkan restoran yang halal di Melaka Sentral.


Melaka Sentral ni macam Puduraya. Agaknya sekarang semua bas dari negeri lain turunkan dan amik penumpang disini.


Rasanya....not bad. Takdelah beza pun dengan nasi biasa cuma lebih pejal.





Memandangkan check-in ke hotel hanyalah pada jam 3 petang, maka kami ke Bandar Hilir (betul ke?) untuk melawat Muzium Samudera. Time Sherrina blaja dulu, muzium ni dalam pembinaan.


Besar betul kapal ni....3 tingkat ke 4 tingkat.


Macam-macam ilmu sejarah yang boleh kita baca dan hayati disini.


Ketika berdiri diluar kapal, ternampak mende ni. Taming Sari namanya. Sekali naik RM20. Tapi kami tak naik pun.


Kemudian singgah di Muzium TLDM diseberang jalan sebab masuk muzium ni percuma dengan tunjukkan tiket Muzium Samudera. Muzium TDM dan TLDM dah tengok. Bila lak nak tgk muzium TUDM?


Petang hujan turun dengan lebat. Kami pun bergerak ke hotel Everly untuk check-in. Sherrina guna kupon diskaun 80% yang dibeli dari kawan. So lepas diskaun cuma kene bayar RM128 termasuk tax.








Kami bersepakat bersetuju bahawa Hotel Everly ni paling best yang penah kami duduk setakat ini. Biliknya besar, ruang tamu dan dapur kecil yang sangat selesa. Bilik air juga bagus. Servis di hotel ini serba-serbi selesa. Memang takde part nak komplen pun. Cukup puas hati.

Selepas berehat, mandi dan menunggu hujan reda, kami gerak ke bandar. Sebetulnya nak cari kedai seafood di Kampung Portugis seperti yang diceritakan di satu rancangan TV mengenai tempat menarik di Melaka yang kebetulannya disiarkan pagi itu tapi lepas pusing-pusing, tak jumpa pun. Last-last suh GPS cari kedai makan lain, kami dibawa ke Anjung Muara.




Melaka ni menjelang malam sunyi dan lengang. Yang lucunya kami berdua aje yang makan dikedai ini. Makanannya sedap. Harga mcm harga di KL.


Ikan siakap 3 rasa

Sotong masak butter

Abis je makan baru nak bersandar untuk habiskan minuman, radio dikedai tu pun ditutup. Aiseh, dah le tengah layan carta lagu Sinar FM. Rupanya tokey kedai dah nak balik. Sebaik aje kami keluar ke kereta, lampu kedai pun ditutup. Tergelak besar kami dibuatnya....

Lepas pusing-pusing di bandar Melaka, kami pun balik ke hotel

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin