Sunday, April 12, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan @ Melaka - Day 3


Selepas sarapan dan urusan check-out, kami meninggalkan Everly dengan hati yang gembira menuju ke Bandar Melaka. Pada mulanya taknak gi tengok Stadhuys tapi datang ke Melaka kalau tak kesana rasa macam tak lengkap. Cuma kota A Famosa kami skip sebab kesuntukkan masa.


Kota merah yang indah dengan landskap yang menarik


Dalamnya ada muzium. Yuran dalam RM5 seorang kalau tak silap. Sangat menarik. Ni nak isi apa dalam peti mertua ni agaknya?


Peluru di zaman dahulu. Buat dengan batu. Yang bestnya di muzium ni ialah banyak barang pameran adalah sumbangan penduduk di sekitar Melaka. Agaknya mereka warisi daripada orang tua dahulu. Nama penderma tu pun dipaparkan disitu.







Jam 2 petang kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Tak puas lagi berjalan di Melaka. Masih ada tempat yang belum dilawati. Kota Melaka yang sunyi di waktu malam, di waktu pagi pun tak ramai orang. Memang best lah jalan-jalan di Melaka pada musim bukan cuti sekolah. Cuma parking je disini pelik. Kene beli kad parking RM8 utk sehari walaupun kita cuma nak parking selama 2 jam pastu chow balik KL.


Kemudian, kami gagal mencari kedai makan asam pedas kerana tiada dalam GPS. Akhirnya makan di food court Ayer Keroh..huh, sedap lagi asam pedas kedai abg Farouk kat Ampang.



Apa pun bagi yang belum habis menerokai Melaka....gi lah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin