Sunday, April 12, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan @ Melaka - Day 2

Sarapan pagi yang enak.








Hari kedua selepas sarapan di hotel, kami bergerak ke Ayer Keroh. Nak pegi Mini Malaysia.


Inilah dia Mini Malaysia. Dulu time blajo takdok kot tempat ni. Sebab tu tak penah pegi. Tiket dewasa RM6, kamera pula kene charge RM3.


Tak payah pusing satu Malaya. Datang sini pun dah boleh feel rumah-rumah tradisional dari semua negeri di Malaysia. Malah ada sesetengah rumah tu tak penah tengok pun bila berjalan ke negeri tersebut sebab dah pupus (agaknya). Misalnya, rumah Selangor. Beso dan cantik giler. Tak penah nampak pun kat negeri Selangor. Umah batu bersepah lah :D




Yang syok tu, bukan setakat ada rumah aje. Siap lengkap dengan perabot sepertimana waktu dahulu....best.


Dulu-dulu mana ada washing machine....pakai ni le


Ingatkan tabung, rupanya alat muzik


Punya susah orang dulu-dulu nak masak...sekarang pakai telefon aje dah leh makan.


Rumah Selangor yang sangat besar, sangat luas


Rumah Melaka yang terkenal dengan tangga batu yang meriah...sayang sekali tangga ini tidak dijaga warnanya. Tangga di rumah-rumah Alor Gajah lagi lawa-lawa.


Habis pusing Mini Malaysia (kami skip Mini Asean sebab letih sangat), kami ke Perigi Hang Tuah. Khabarnya perigi ni tak penah kering walaupun kemarau (untung le sapa dok dekat2 sini). Ada ikan dalam perigi tu. Di sekitar tu nampak cebisan bunga, ada orang mandi air bunga agaknya. Dulu masa kecik penah gi sini, orang baling duit syiling dalam ni. Skarang dah takde kot.


On the way balik ke hotel, check GPS tgk ada kedai kuih yang famous. Kampung Pengkalan kalau tak silap. Banyaknya kuih, sedap-sedap plak tu. Sherrina beli beberapa jenis utk makan kat hotel.


Balik hotel. Tido jap. Petangnya terjun swimming pool....yahooo


Pool kat sini memang best. Bersih, cuma ada sikit-sikit habuk di lantai pool.


Uikss...ada owner unit utk disewakan dengan kadar RM100 sehari? Gyler kentang!


Malamnya kami bersemangat nak makan seafood di Serkam Pantai. Check GPS, kedai Pakcik Jeonn tadak. Belasah ajelah, ingatkan bila sampai Serkam Pantai kedai dia kat area2 situlah...sekali tadak. Salah tempat. Kedai Pakcik Jeonn kat Serkam Batu...try ajelah.


Order ikan pari bakar....sedap


Sotong butter....out

Lepas makan, kami gerak balik sebab hujan dah turun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin