Thursday, September 06, 2007

Pulau Perhentian - Hari Kedua

Akibat menonton filem ConAir malam tadi sehingga lewat pagi, Sherrina terbangun lewat. Terkocoh-kocoh mengemas barang dan check-out. Tak sempat nak bersarapan. Kami perlu tiba di jeti Kuala Besut pada jam 11 pagi.

Di sepanjang perjalanan dari KB melalui Pasir Puteh dan seterusnya ke Kuala Besut, Sherrina dapati beberapa perkara yang unik di Kelantan ini. Antaranya:

  • Papan tanda perniagaan dan iklan bertulis jawi dan model wanita perlu menutup aurat (nampak poster Adibah Noor sebagai duta The Store dalam keadaan bertudung)


  • Banyak premis mengibarkan bendera negeri Kelantan. Sesuatu yang jarang dilihat di negeri-negeri lain. Sehinggakan di sepanjang jalan ke Pasir Puteh pun deretan bendera Kelantan di pasang di tiang-tiang lampu. Ia lebih meriah berbanding bendera Malaysia. Begitu juga dengan poster selamat untuk Sultan dan Permaisuri Kelantan. Banyak kedai turut memasangnya.


  • Poster-poster Pak Lah tak banyak di kawasan yang Sherrina lalui. Ini antara yang Sherrina nampak. Ada pulak terselit gambar Annuar Musa disitu.


Setelah hampir sesat dan jalan yang kurang baik membataskan kelajuan kereta kami ke Kuala Besut. Kami terpaksa menelefon pihak di sana meminta supaya tunggu sekejap sehingga kami sampai. 11.20 kami tiba di jeti Kuala Besut, memunggah beg-beg dan sempat membeli nasi dagang dan nasi lemak untuk dimakan di resort. Menaiki bot laju ke Pulau Perhentian (mengambil masa kurang dari 1 jam, satu rekod yang hebat), terlompat-lompat bot memecah ombak. Disini bot pula merempit. Laju gilosh. Tak sempat nak tangkap gambar kerana terlalu laju.



Pulau Perhentian Kecil tampak membangun. Bangunan sekolah boleh dilihat dari jauh begitu juga jeti baru yang tersergam indah. Ia jauh lebih baik berbanding semasa Sherrina ke sana dahulu.


Perhentian Island Resort. Kelihatan pelancong berjemuran di bawah sinaran matahari. Cuaca panas dan berangin. Kami tiba di sana jam 12pm dan selepas urusan check-in, lepak di kafe sambil makan nasi bungkus yang kami bawa. Kami hanya boleh masuk bilik jam 2 petang.


Pemandangan dari front desk PIR




Check-in ke bilik. Penat giler. Letak barang dan tukar baju. Tidur sekejap. Petang kol 5 turun laut untuk sesi snorkeling yang pertama.





Tak sah snorkeling kalau tak bawak roti. Sekejap je kami dikelilingi oleh ikan-ikan yang kelaparan. Bila roti dah habis pun, ikan ni masih akan ikut juga kemana-mana kita berenang.



Makan malam pertama di Pulau Perhentian. Makan kene budget sebab makan di restoran PIR agak mahal. Kami makan roti cicah kari daging Brahim yang dipanaskan dalam air panas.



Malam agak sunyi di sini. Tiada tv di bilik dan satu-satunya tv di restoran pula tiada kad Astro. Bosannya. Kebanyakkan pengunjung (hanya kami keluarga Melayu, selebihnya pelancong luar) masuk ke bilik masing-masing selepas makan malam. Ada yang bersantai sambil menikmati angin malam. Lepak sekejap di front desk check email (ada wifi lah disini!) menggunakan henpon (mujur hp ada wifi, kalau tak kene pakai PC yang sewaannya RM4 untuk 10 minit) kemudian balik ke bilik. Layan game di NDSL sekejap sebelum tidur.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin