Sunday, September 09, 2007

Pulau Perhentian - Hari Keempat

Kejap je dah hari keempat. Sehari lagi dah nak balik. Cuaca panas terik. Semalam dah pulun mandi sakan-sakan. Hari ni cuma lepak aje di sebelah pagi dan petang baru turun ke pantai.



Selepas sarapan, lepak di jeti mengambil gambar sepuas-puasnya. Kemudian habiskan baki-baki roti yang ada untuk diberi kepada ikan. Duduk lepak di jeti sambil menghayati keindahan ciptaan tuhan dibelai angin sepoi-sepoi bahasa, perghh....lupa segala stress dan tension.


video
Video Di Pulau Perhentian

Seronok melihat ikan makan roti. Baling sekeping yang besar kemudian lihat bagaimana ia 'hilang' dengan begitu cepat. Untuk makan tengahari, kami menjelajahi kawasan pulau yang lain pula. Kami ke bahagian Coral View dengan memanjat tangga kayu yang dibina untuk menghubungkan kedua-dua resort. Di sebelah sana ada beberapa lagi chalet dan resort seperti Tropical Reef, Paradise dan Mama. Kami ke restoran di chalet Mama untuk makan tengahari. Ianya lebih murah dan sedap juga. Nasi Goreng cuma RM5 sepinggan.






Di sini banyak juga chalet-chalet yang jauh lebih murah berbanding PIR. Kebanyakkannya fully booked sebab ia mendapat sambutan hangat daripada pelancong yang datang dengan budget yang kecil. Kemudahan asas juga baik disini seperti air dan elektrik. Cuma tak banyak chalet yang ada air-cond untuk mengurangkan kos. Makanannya juga murah dan enak. Kawasan snorkeling juga tak kurang hebatnya disini.




Pemandangan dari atas jambatan kayu

Setelah makan, menapak balik semula ke PIR. Rehat kejap pastu tukar pakaian dan turun ke laut. Walaupun panas, redah aje. Sebab time ni air surut dan bleh pegi area yg dalam. Besides sementara cahaya matahari masih terang, elok habiskan saki-baki filem dari kamera disposable.
Malamnya lepak makan bersama seorang guest dari Perancis yang berjiran ngan kami. Dia datang sorang aje. Seronok gak sembang ngan dia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin