This is the paperbag which I find bit smaller to fit in the bulky book
Lepas amik buku di Borders, aku rush ke Suruhanjaya Sekuriti untuk menghadiri seminar percuma mengenai pelaburan bijak. Seminarnya bagus, banyak info menarik untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang pelaburan dan pengurusan kewangan. Cuma sesi kedua iaitu pasaran saham tu agak membosankan kerana topiknya kelam kabut. Rasa nak aje keluarkan buku HP dari paperback dan baca, tapi takut nampak rude pulak. Tapi secara keseluruhan seminar ni bagus dan memang look forward untuk hadiri program akan datang.
Seminar habis jam 12.30 dan geng-geng Bicara Jutawan dok sembang sambil mengupas pelbagai isu menari di lobi sampai jam 2.30pm. Sebelum hujan turun, cepat-cepat lari ke kereta dan memandu ke Great Eastern Mall untuk menghadiri majlis reunion geng umah sewa semasa belajar di UTMKL dulu.
Walaupun cuma 7 orang yg datang (campur ngan suami, anak2...ramaii) tetapi tetap meriah. 7 tahun tak berjumpa semenjak grad dari UTM dulu, macam-macam cerita yang keluar. Yang datang ialah aku, Sha bersama Rahim dan Sabrina, Suzi bersama Pak Din dan Ikhwan, E, Kak Ida dan suami serta Adam dan Nadia, Mas dan Syed Muhamad, Epul (kawan Mas), adik Mas, Ngie dan Ejoy bersama Hannah
Hannah yang lapar sementara mummy membelek menu
Ejoy yang makin sepet, Ngie dan Hannah
Kak Ida, Adam, Syed Muhamad dan Mas
Hannah nak apa? Adam membelek menu.
Hannah yang kepenatan.
Gambar-gambar lain, tunggu kamera Suzi lah ek.....
No comments:
Post a Comment