Kursus kali ni juga subjek database menggunakan Microsoft Access. Sekali lagi training provider buat hal dengan kami, kes di Kuantan berulang lagi. Terlupa nak menyediakan tempat tinggal yang sama dengan peserta. Dah tak larat nak maki hamun, mengenangkan rasa seronoknya mengajar maka halangan sebegitu dikesampingkan. Akhirnya setelah mencari hotel yang lain (hampir kesemua hotel di kawasan situ full house kerana banyak kursus dijalankan, masing-masing nak mengejar habiskan budget sebelum puasa), kami ditempatkan di De First Inn yang terletak 200 meter dari Puteri Park. Boleh je nak berulang dari rumah tapi mengenangkan jem di pagi hari dan belanja minyak kete, baik dok hotel. Free pun.
Peserta mula lapor diri pada 24hb dan taklimat dijalankan pada jam 8.30 malam. Terpaksa meredah hujan untuk ke tempat taklimat gara-gara tak membawa payung. Kelas yang disediakan agak kecil, ngam-ngam 20 orang satu kelas. Maka taklimat terpaksa dijalankan secara berasingan.
Agak seram gak berjalan di kawasan situ di waktu malam, barulah dapat lihat dengan mata kepala sendiri betapa pesatnya berkembang industri pelacuran di negara kita. Hairan dari mana mereka datang dan bagaimana mereka boleh terjebak dengan pekerjaan ini.
Kelas berjalan seperti biasa. Hotel ni takde special sangat. Wireless internet pun tadak. Kalah le dengan First Inn yang cikai tu tapi ada gak wireless. Cuma First Inn tu biliknya agak daif dan bilik kami berbau hancing. Terpaksa beli air freshner.
Kelas berjalan dengan lancar. Kali ni agak laju juga sebab peserta 90% orang muda, cepat menangkap. Yang lebih senior pun dah berpengalaman dalam bidang IT, jadi tidak susah menyampaikan ilmu kepada mereka. Makanan disini juga tak sedap, masakan cina. Maklumlah tukang masak pun cina. Kembang tekak sebab tawar aje makanannya. Nak makan di luar, tatau dimana kedai melayu. Yang banyak gerai Indon. Besides, setiap malam hujan membataskan pergerakkan kami nak explore kawasan lain. Terperap dalam hotel ajelah.
Pengurusan juga kurang best disini. Air minum dalam kelas tidak berganti selama 3 hari, gula-gula tak ditambah....macam-macam lah. Maklumlah, hotel ni penuh dengan beberapa agensi kerajaan yang berkursus serentak. Khabarnya kesemua bilik hotel fully book sampai hujung bulan. Pekerja tak cukup dan tak terlayan semua orang. Banyak le perkara yang terabai dan kualiti makanan sangatlah kureng.
Kursus berakhir dengan jayanya pada 27hb. Majlis penutup juga terpaksa diadakan berasingan secara ringkas. Kali ni tiada sesi bergambar seperti kursus-kursus yang lalu kerana tiada pihak nak menguruskannya. Maka lepas majlis besurai dan makan tengahari, kami check-out dan balik terus ke rumah.
Tapi kursus kali ni best sebab dapat jumpa member lama MRSM Terendak yang bertugas di salah sebuah sekolah di Jalan Ipoh, jumpa seorang kenalan yang confirm pernah jumpa sebelum ni tapi sampai ke hari akhir tak ingat jumpa dimana dan bila dan peserta-peserta dari pelbagai sekolah dan jabatan di seluruh KL dan Selangor.

No comments:
Post a Comment