Saturday, July 28, 2007

Book Review: Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson



Faisal Tehrani, antara penulis muda yang berbakat besar dan telah menghasilkan beberapa karya yang mendapat sambutan ramai dan popular seperti Tunggu Teduh Dulu, 1511 dan banyak lagi.

Sebelum ini Sherrina pernah menulis review mengenai karya beliau iaitu Kekasih Sam Po Bo. Kali ni Sherrina memilih karya terbaru beliau bertajuk Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson dari siri Detektif Indigo. Sebelum ini beliau pernah menghasilkan siri pertama Detektif Indigo dan ini adalah siri kedua.

Detektif Indigo adalah sekumpulan penyiasat muda daripada sebuah akademi yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari pelbagai negara dan latarbelakang. Kali ini mereka menyiasat kes pembunuhan anak seorang duta dari Iran, kes penderaan seorang tua dan kes kehilangan lukisan ternama. Walaupun ia berkisarkan penyiasatan, jenayah dan detektif, unsur-unsur Islamiah tetap disulam bersama. Itu menjadi identiti penulisan Faisal Tehrani.

Bagi yang meminati karya Faisal Tehrani atau baru nak cuba berjinak-jinak dengan penulisan beliau, boleh cuba buku ini kerana Sherrina rasa, ini adalah antara karya beliau yang mudah difahami dan ringan.

Sila lawat: Blog Faisal Tehrani

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin