Kelas bermula dengan lancar. Kelas Sherrina semuanya berasal dari Pahang. Sesi pagi bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Lunch dan rehat sebelum menyambung semula sesi petang. Tidaklah begitu susah mengajar subjek Access bagi peserta kali ini kerana rata-rata ada sedikit pengalaman mengenainya. Selepas sesi petang dan bengkel, peserta pulang ke chalet masing-masing untuk rehat dan minum petang. Sherrina lak turun swimming pool ajelah, maklumlah bilik bukak je pintu belakang terus ke pool...
Selepas dinner, kami kebuntuan. Kemana nak pergi atau apa aktiviti nak buat? Pekan Rompin ni agak 'mati' apabila malam mula menjengah. Kemudian Iskandar mencadangkan kami melihat kawasan Summerset Resort yang terkenal tu. Kami setuju, berlima menaiki kereta ke sana.
Jauh juga perjalanannya tapi berbaloi. Terpesona melihat struktur bangunan kolonial dan keindahan hiasan didalam bangunannya. Lihatlah sendiri...
Harga bilik disini bukan calang-calang. Tapi agak hairan kerana brochure mengenai resort ini hanyalah kertas fotostat hitam-putih bersaiz A4....tak mencerminkan imejnya langsung.
Setelah penat melawat, kami singgah di 7-Eleven untuk membeli jajan dan balik semula ke bilik. Layan CSI sampai mengantuk dan tidur.
No comments:
Post a Comment