Saturday, July 07, 2007

Ops Mencari Kawan Lama

Setelah mengadakan mesyuarat AJK Reunion MRSM Terendak 95/97 pada Ahad yg lalu, Sherrina memulakan operasi mencari rakan-rakan lama yang telah menghilangkan diri. Dalam database yg dihasilkan melalui senarai yang diambil dari majalah sekolah menyenaraikan 135 orang pelajar MRSM Terendak SPM 97 (132 sebenarnya kalau tolak 2 orang yg telah meninggal dunia). Hampir 1/3 hilang tanpa dikesan.



Antara method yang Sherrina gunakan ialah pencarian melalui Google. Ada yang bernasib baik ada yang tidak. Paling-paling pun, hasil carian akan menemukan laman web terendak yang lama. Kadang-kala frustrating jugak sebab ada yang nama tidak tersenarai langsung dalam Google. Tapi dalam pada itu, terserempak juga dengan beberapa nama yang tak disangka-sangka. Cuma cara untuk menghubungi mereka sahaja yang agak samar-samar. Antaranya adalah dengan menghantar email pada webmaster (dgn harapan webmaster masih aktif) supaya meminta si polan menghubungi Sherrina. Antara hasil carian yang mempunyai harapan:

Ini antara sebahagian daripada carian yang dijumpai (hyperlink) dan tak dijumpai (tanpa hyperlink). Samada ia tepat pada orang yang Sherrina cari ataupun orang lain yang namanya sama, tak tahulah. Harap-harap betul mereka ni ex-mrsm Terendak. Kalau bukan, takpelah....

Kalau kalian ada yang mengenali, harap bleh bantu Sherrina menghubungi mereka :)

p/s: Google juga yg telah membantu Sherrina mencari kawan lama yg sama-sama menyewa rumah di Pangsamurni Jalan Gurney masa blaja di UTM dulu....terima kasih pakcik Google :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin