Friday, July 13, 2007

Training in Rompin, Pahang-Day 1

Setelah menjelajahi beberapa negeri dan daerah yang biasa Sherrina pergi, kali ni Sherrina berpeluang melawat kawasa yang Sherrina tak pernah pergi seumur hidup dan apatah lagi mengetahui bahawa tempat ini adalah antara lokasi percutian yang ada di Malaysia. Selama ni kalau sebut Rompin, terbayangkan kawasan hutan belantara. Maklumlah, selalu sangat dengar nama Endau-Rompin yang sinonim dengan aktiviti lasak kenderaan pacuan 4 roda. Apabila diberitahu bahawa destinasi seterusnya adalah Rompin, rasa seronok yang teramat kerana tak pernah menjejakkan kaki ke sana.

Pada 8 Julai, Sherrina ke Hentian Putra untuk menaiki bas. Bas ke Rompin tak banyak rupanya, dan waktu yang ada ketika tu ialah 5pm. Bas tiba lewat, kami bertolak pada jam 6.30pm. Sherrina dan Iskandar menaiki bas Maraliner. Selesa. Dengan air-cond yang sejuk dan seat yang empuk, terlena di sepanjang perjalanan sehinggalah terjaga apabila melalui kawasan Bukit Putus. Wah, inilah rupanya laluan yang berpusing-pusing tu. Seram gak melaluinya diwaktu malam, gelap gelita. Kenderaan banyak juga.

Bas berhenti berehat di kawasan Batu Kikir. Alahai.....tandasnya, azab. Makan nasi goreng dan teh ais. Baru perasan ada budak2 MRSM Muazam Shah didalam bas tu. Dan ramai juga student Uniten yang nak pulang ke kampus. Apabila bas melalui kawasan Uniten, bas masuk ke perkarangan universiti untuk menurunkan pelajar. Hujan renyai-renyai, kesian dorang. Kami sampai ke stesen bas Muazam Shah jam 11.30 malam. Turun untuk tukar bas menaiki Maraliner ke Rompin. Tiba di Rompin jam 12pm, kereta Faizal sedia menanti. Kami menaiki kereta ke kawasan Rompin Beach Resort sejauh kira-kira 2km. Siapa sangka setelah melalui semak-samun tiba-tiba ada resort didalamnya. Pelik...pelik...

Check-in, mandi dan terus tidur....terlalu keletihan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin